Edema Ketika Hamil: Bahayakah?
"Doktor kaki saya sering bengkak dan terasa berat nak berjalan apabila saya duduk berdiri lama, bahayakah dan apa puncanya?" Persoalan ini sering di tanya doktor oleh ibu hamil yang alami masalah edema atau di gelar kaki bengkak. EDEMA PADA IBU HAMIL. Edema ini terjadi apabila rahim membesar dan ia memberi tekanan pada saluran darah di pelvik. Ia menjejaskan penerimaan darah dari anggota badan bahagian bawah. Ia kerana tekanan yang diterima menyebabkan peredaran darah menjadi perlahan dan kesannya darah terkumpul. Keadaan ini juga memaksa badan mengeluarkan cecair dan terkumpul di bahagian tersebut dan menyebabkan bengkak berlaku. Ibu hamil mempunyai banyak air yang membantu tumbesaran dan perkembangan bayi dalam rahim.Ia juga membantu persediaan sendi dan tisu pelviks untuk bersalin nanti. Baca juga : 9 nutrisi penting ibu hamil BILA EDEMA INI TERJADI? Biasanya edema ini terjadi pada usia kandungan 5 atau 6 bulan malah ada yang terjadi pada usia 8 bula