Tips Jaga Luka Episomi Selepas Bersalin
Tips Jaga Luka Episomi Selepas Bersalin Memandangkan bersalin anak kedua pun sue alami luka episomi ini jadi sue nak kongsikan beberapa tips jagaan luka ini untuk cegah dari terbuka, kena jangkitan dan sebagainya. 1. BERJALAN KENA PERLAHAN DAN KEPIT Ini bertujuan luka itu tidak mudah terbukan dan tidak tegang atau stress di tempat jahit. 2. SENTIASA CUCI TEMPAT LUKA Cuci dengan air suam or air bersih. Elakkan menggunakan sabun or pencuci vagina untuk elakkan jangkitan kuman sebagainya. Basuh dengan air garam pun okey 3. TUKAR PAD SENTIASA 4 jam sekali tukar pad. Kalau dibiarkan lama nanti takut kena jangkitan pula luka epi sebab darah kotor. Kuman suka membiak. 4. PASTIKAN MEMBUANG TIDAK TERAN Jika teran boleh bekah luka ep. Takut sangat kalau kena jahit balik. So pastikan makan sayur, buah oren untuk lawaskan pembuangan. 5. MINUM AIR MANJAKANI Air spekederan orang tua-tua panggil. Yang ini untuk baik luka dalam dan juga kecut rahim. Elok sangat minum tau