Simptom Kanser Payudara & Cara Atasinya
Seperti yang korang tahu KANSER adalah pembunuh no.1 di malaysia ini. KANSER PAYUDARA & KANSER SERVIK adalah pembunuh no.1 bagi golongan wanita. Kanser ini biasanya menyerang golongan wanita berumur 20-an dan ke atas. Menurut statistik pada tahun 2002-2003, 31% wanita diserang kanser ini berbanding penyakit lain. Pengertian barah adalah ianya terjadi akibat dari sel yg bertindak di luar kemampuannya. Bila penghasilan sel melebihi keperluan, ia akan jadi lebihan tisu. Ia dikenali sebagai ketumbuhan. Ketumbuhan ini ada dua jenis iaitu jenis barah bahaya dan tidak bahaya. Barah payudara merupakan barah yg bahaya. Ia berkembang melalui proses pembahagian yg melebihi kadar keperluan organ dan seterusnya menyerang organ serta tisu yg berhampiran. FAKTOR PENYEBAB KANSER PADA WANITA --> Usia yg meningkat --> Mempunyai sejarah keluarga yg ada kanser --> Ada kanser sebelah payudara --> Mula datang haid ketika umur 12 tahun dan putus haid berumur 50 tahun --&g