Makanan Yang Boleh Membantu Pesakit Tibi Lebih Sihat

Makanan Yang Boleh Membantu Pesakit Tibi Lebih Sihat

Bila ada penyakit Tibi, memang akan hilang selera makan dan badan akan susut banyak. Boleh jadi kurus kering pesakit tuh.

Tetapi walau bagaimana pun pesakit perlu ambil makanan yang seimbang untuk bantu proses pemulihan yang cepat. Ini kerana nutrisi yang lengkap membantu sel-sel badan sembuh dan sihat. 

Entri kali ini sue nak ceritakan tentang makan yang membantu pesakit Tibi lebih sihat dan membantu proses pemulihnya. 

Sebelum itu kita tengok balik apa itu penyakit TIBI. penyakit Tibi ini adalah jangkitan kuman mycobacterium yang berjangkit melalui udara atau pernafasan kita. 

Kuman ini selalu akan menyerang paru-paru,  otak,  tulang,  usus dan juga kalenjar-kalenjar badan kita. 


MAKANAN YANG BAIK UNTUK PESAKIT TIBI

Makanan yang baik semestinya makanan yang mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan sel badan kita. 

Antara makanannya ialah :

MADU

Madu memang terkenal dengan khasiat yang bagus untuk kesihatan terutama sekali meningkatkan sistem imun badan kita. Malah ia juga kaya dengan antioksidan yang sangat membantu tingkatkan kesihatan badan kita. 

BUAH-BUAHAN

Kandungan vitamin dalam buahan sangat membantu membunuh kuman penyakit Tibi ini.  Ia juga membantu dalam sistem pertahanan badan kita. Antara buah yang bagus untuk mereka adalah :

✔ Delima
✔ Aprikot
✔ Naga
✔ Alpukat
✔ Apple
✔ Betik

Sebenarnya banyak lagi.  Itu saja saya senaraikan untuk anda tahu. Pendek kata ambil buahan yang banyak kandungan antioksdiannya. 

SAYURAN

Diet seimbang cukup penting untuk pesakit Tibi.  Ini bantu proses pemulihan penyakit itu sendiri. Cari tumbuhan atas sayuran yang jenis olat,  warna oren,  purple,  atau merah.Sayurannya seperti berikut :

✔ Bayam
✔ Ubi
✔ Kekacang
✔ Brokoli
✔ Asparagus
✔ Sayuran hijau
✔ Kobis
✔ Carrot

Paling utama ambillah sayuran yang banyak kandungan antioksidan. 

REMPAH RATUS dan HERBA

Ada antara rempah ratus yang bagus untuk pemulihan badan kita. Perlu memilih rempah ratus yang mempunyai sifat anti radang,  antibiotik dan juga antioksidan

✔ Bawang putih
✔ Halia
✔ Daun mint
✔ Kunyit
✔ Rosemarry

Dan lain-lain lagi.  Rempah ini bersifat antiradang di mana ia sangat membantu pesakit tibi.

Baca ini juga : Jenis penyakit Tibi

MAKANAN YANG KAYA DENGAN ASID LEMAK OMEGA 3

Omega 3 ini sangat bagus untuk kesihatan seluruhan tubuh badan kita. Ia juga bersifat antiradang yang bagus untuk paru-paru,  kulit dan sebagainya. Ia boleh di dapati dalam makanan:

✔ Bahan tenusu
✔ Ikan
✔ Telur
✔ Flaxseed
✔ Kekacang

Sumber omega 3 yang terbaik Adalah dari ikan kerana mempunyai EPA & DHA. Ia sangat memberi manfaat pada tubuh kita. Untuk lebih mudah ambil dalam bentuk kapsul atau cecair.

ini antara makanan yang perlu diambil atau bagus untuk mereka yang sedang menjalani pemulihan dari penyakit Tibi.

Disamping pemakanan sihat,  pengambilan supplemen juga di galakkan untuk mempercepat kan proses pemulihan serta mencegah dari penyakit Tibi ini berulang kembali. Ini kerana 50% kebanyakkan pesakit Tibi adalah ada sejarah sakit ini. Jadi perlu untuk and kuatkan imun badan supaya boleh melawan kuman Tibi.

Sampai sini perkongsian saya untuk anda semua.  Moga bermanfaat. Fell free to share. 

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara Untuk Kecutkan Bengkak Tonsil

Jenis-jenis Penyakit Tibi