Resepi Ayam Kukus Halia Mudah

Pertama kali cuba resepi ayam kukus halia ni. Alhamdulillah anak makan sampai bertambah-tambah. Suka sungguh tengok bila cinta hati kecil makan banyak. Uminya makan bertbah juga sama naik dengan anak..hahaha

Banyak pulak membebel. Jom la sue kongsikan resepi ayan kukus halia ini. Mak berpantang pun boleh makan tau. Sihat.

Bahan- bahan

Ayam sebelah (6-8 ketul kecik2)
Halia 1 inchi (nak buh banyak tak pe takde sape marah pun)
Bawang putih 2@3 ulas (utk imun booster blh buh byk incase utk anak demam)
Bawang merah 2 ulas kecik2. 1 ulas ja kalau yang besar.
Serat sebatang.
Gula dan garam secukup rasa
Limau nipis separuh atau sebiji.
Lemon pun boleh.
Sos ikan 2@3 sudu

Cara-cara

Halia, bawang putih, bawang merah, serat di mayang nipis dan gaul bersama ayam.
Masukkan sos ikan, garam dan gula. Gaul rata dan perap 5 limit.
Panaskan periuk kukus, letak ayam dan kukus hingga masak @ 35minit.

Makan bersama nasi putih, ulaman dan sambal belacan boleh habis nasi seperiuk tau. Sedap seungguh. Nanti akan ada sup berkuah gituh. Gambar takdenye lupa nak tangkap masa buat..hehe

Boleh share dan mencuba di rumah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Makanan Yang Boleh Membantu Pesakit Tibi Lebih Sihat

Cara Untuk Kecutkan Bengkak Tonsil

Jenis-jenis Penyakit Tibi