Khasiat Ulam Pegaga

Assalamualakum.. hari ini ciksue nak share tentang khasiat ulam pegaga yang menjadi feveret ciksue sejak kebelakangan ini. 

Rupanya sebab ulam pegaga ini. Rasa manis-manis ditambah pula dengan sambal belacan padas-pedas..pergh... berselera makan nasi.


Pegaga atau nama saintifiknya centella asiatica ialah sejenis ulaman popular dikalangan orang melayu kita. Ia sejenis tumbuhan menjalar yang tumbuh pada tanah lembab. Kita perasan pokok pegaga ini selalu tumbuh di kawasan paip air di kawasan umah kita. Tumbuhan ini kecil sahaja tetapi punyai khasiat yang sangat besar. Ia kaya dengan vitamin A, Vitamin C dan zat besi. Sering dijadikan ulaman rasmi pada wanita berpantang.


Biasanya seluruh daun, batang, bunga, buah dan akaknya mempunyai banyak khasiatnya.Walaupun banyak khasiatnya tetapi ada juga pantang larangnya. Di Indonesia bunga dan buah pegaga tidak dimakan secara berlebihan. Ia dikatakan menjadi punca reumatisme sekiranya makan banyak.


Tetapi berdasarkan kajian ia menunjukkan boleh dimakan selalu tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Pengambilan berlebihan menyebabkan kecunan kumulatif yang merangsang tumor pada jangka masa panjang.


Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengiktiraf pegaga sebagai herba menjana kecerdasan berfikir terutamanya di kalangan kanak-kanak. Pegaga yang dikenali juga sebagai Centella asiatica telah diperakui WHO kerana kaya dengan pelbagai ramuan ubatan.


FAKTA SEJARAH TENTANG PEGAGA


Mengikut cerita di India. Mereka makan pegaga setelah melihat seekor gajah makan pegaga dan mempunyai umur yang panjang. Dari situlah ulam pegaga dimakan mentah atau dimasak.


Kajian dilakukan pada 1949, mendapati pegaga ini mujarab untuk mengubati penyakit kusta dan ulser kerana ciri-ciri antibakteria yang ada padanya. Seterus penyelidik dijalankan pada tahun 1950-an mendapati pegaga amat baik untuk penyembuhan luka,kudis dan kerengsaan kulit. Ia juga boleh menjana kecerdasan otak. Herba ini amat mujarab untuk memperbaiki fungsi minda seperti meningkatkan daya ingatan dan penumpuan fikiran.

Herba ini telah digunakan dalam perubatan Ayurveda dan digunakan dalam perubatan herba china di Shennong lebih kurang 2000 tahun lalu.

JENIS PEGAGA DI MALAYSIA

1. Pegaga Cina @ Nyonya
2. Pegaga Daun Lebar
3. Pegaga Kelantan
4. Pegaga Renek
5. Pegaga Salad
6. Pegaga Gajah
7. Pegaga Brunei

Berita Harian : 9/9/07 Demensi Halaman 4

KANDUNGAN DALAM PEGAGA

Pegaga ini memiliki kandungan madecassoside asiaticoside, thankuniside, isothankuniside, madecassoside, brahmoside, brahmic acid, brahminoside, madasiatic acid, meso-inositol, centelloside, carotenoids, hydrocotylin, vellarine, tanin serta garam mineral seperti kalium, natrium, magnesium, kalsium dan besi. Glikosida triterpenoida yang disebut asiaticoside merupakan antilepra dan penyembuh luka yang sangat luar biasa. Zat vellarine yang ada memberikan rasa pahit.

Pegaga juga mengandungi banyak sebatian kimia dan bioaktiviti yang terbukti mengandungi ciri-ciri antibakteria, antipasma, antiinflamasi, hipotensif dan insektisid. Dalam bidang perubatan tradisi, ia digunakan sebagai agen antialergi, antikanser, antidisenteri, peransang pembuangan urin, hipotensif, stimulan, tonik, menyejukkan badan, mengeluarkan batu karang, penawar kencing berdarah, kusta, gonorea,luka, kudis, dan sakit kerongkong. Pegaga juga anti-infeksi, antiracun, penurun panas, melawaskan pembuangan air kencing, antilepra dan anti sifilis.
PENGGUNAAN PEGAGA
Pegaga ini dikatakan dapat menurunkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan penuaan dan membuang toksin dalam badan. Di barat pegaga digunakan sebagai tonik saraf untuk merehatkan dan menambahkan daya ingatan. Di india banyak digunakan untuk mengatasi masalah kulit.
Di timur pula ia digunakan untuk atasi masalah kemurungan yg disebabkan oleh fizikal. Kajian menunjukan bahawa pegaga dapat melancarkan pengaliran darah dan menguatkan kapilari. Ia menunjukkan kesan positif apabila merawat kejang kaki, bengkak kaki dan kaki kebas.
Kesimpulanya pegaga ini sesuai untuk penyakit:
  1. Pembengkakan hati
  2. Demam campak
  3. Sakit tekak batuk kering
  4. Asma, bronkitis
  5. Radang mata merah
  6. Keputihan
  7. Tekanan darah tinggi
  8. Sakit perut, cacing buasir
  9. Keracunan makanan
  10. Batuk berdarah atau muntah darah
  11. Bisul
  12. Kencing kotor
Antara cara digunakan untuk manfaat kesihatan

Air perahan daun pegaga boleh menyejukkan badan dan elok diamalkan jika demam, lelah atau berak berdarah.

Pegaga juga berfungsi sebagai detox untuk membersihkan darah, merawat ulser dan kalenjar limfa.

Amalan meminum jus pegaga amat mujarab untuk membantu mereka yang bermasalah untuk tidur, merawat kerengsaan kulit dan tekanan darah tinggi. Walaupun pegaga amat baik dimakan mentah tetapi daun yang diramas dengan sedikit air amat baik jika disapukan pada kudis dan luka. Di samping itu, pegaga juga memberi kesan kepada beberapa peringkat pembentukan tisu seperti menghilangkan parut, membina kolagen, merangsang pembentukan rambut dan kuku. Pegaga juga dipercayai boleh mempercepatkan proses penyembuhan luka, ulser dan masalah kulit lain. Oleh itu tidak hairan jika ia dijadikan makanan wajib bagi wanita berpantang supaya luka bersalin lebih cepat sembuh.
Mengamalkan meminum jus pegaga dapat meningkatkan daya ingatan seseorang, disamping dipercayai boleh meningkatkan kebaikan prestasi kanak-kanak yang mengalami kecacatan akal.
Dewasa ini produk yang berasaskan pegaga telah di gunakan dengan meluas dalam industri kecantikan sebagai anti selulit, anti kedutan (anti wrinkle), untuk mata dan muka, menambah ketegangan kulit dan meningkatkan pembentukan kulit yang baru.

Pengalaman sendiri amalkan pegaga ia merupakan sumber milkbooster terbaik untuk ibu menyusu.
Moga bermanfaat untuk korang. Walau bagaimana pun ini antara petua dan manfaat yang dapat dari orang tua serta sumber google. 
Sebaiknya dapatkan nasihat doktor untuk amalkannya. Terima kasih.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Makanan Yang Boleh Membantu Pesakit Tibi Lebih Sihat

Cara Untuk Kecutkan Bengkak Tonsil

Jenis-jenis Penyakit Tibi