TEKNIK PENYUSUAN IBU

TEKNIK PENYUSUAN IBU

Assalamualaikum mak-mak semua. Ilmu penyusuan sangat penting jika mak-mak menyusu baby hingga umur 2 tahun.

Jangan tunggu lepas bersalin baru nak cari ilmu. Mula dari sekarang bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. Bila dah tahu teori tinggal untuk kita praktis kan jer.

Jadi hari ini sue kongsikan sedikit info mengenai ilmu menyusu iaitu info mengenai teknik bagi susu kepada bayi.

TEKNIK ATAU POSISI PENYUSUAN IBU



Gambar di atas ini mak-mak sentiasa tengok bila pergi chekup masa hamilkan.
Ini antara posisi yang ibu boleh gunakan Ketika memberi susu kepada bayi.

1. POSISI SILANG LENGAN


Posisi bagus bagi yang melahirkan bayi yang kecil. Ia membolehkan ibu menyokong kepala atau tubuh bayi dengan baik. Tapi jangan pegang kepala bayi terlalu kuat hingga tak boleh bergerak dan ini juga kerana ubun2 masih lembut.

2. POSISI DUKUNG

Cara ini biasa ibu lakukan sebab ia lebih selesa. Lengan bayi didakap ke badan ibu tetapi berhati kepala bayi dekat dengan kelok lengan ibu.

3. POSISI BAWAH LENGAN

Posisi bawah lengan ini diguna jika ibu dapat anak kembar. Dalam posisi ini ibu dapat melihat bagaimana bayi melekap untuk menghisap susu dari ibu. Berhati supaya bayi tidak membengkok leher dan menekan dagu ke dada ibu.

4. POSISI BERBARING

Ini posisi kesukaan sue. Anak sue pun selesa. Posisi ini membuatkan ibu boleh berehat sambil menyusukan bayi. Pastikan hidung bayi sama paras dengan puting supaya bayi tidak perlu membengkong lehernya mencapai payidara ibu.

PERKARA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN SEMASA MENYUSUKAN BAYI

  1. Tubuh ibu harus disokong dan sentiasa memegang erat bayi rapat ke dada ibu 
  2. Pastikan ibu sentiasa rilex dan tidak menarik payudara dari bayi
  3. Jika menyusu sambil baring @ di atas kerusi pastikan ada sokong di belakang ibu.
  4. Jika perlu gunakan bantal, selimut lipat atau kusyen untuk menyokong ibu dan bayi.
  5. Sentiasa sediakan botol air kerana waktu menyusu pasti buatkan ibu dahaga air.
Sue harap sedikit tips posisi menyusu ini boleh membantu ibu-ibu dalam mencari ilmu tentang penyusuan bayi.

Mungkin ibu berminat juga mengenai
2. Apa Kata Pengguna Milkbooster

Credit pada mumysayf untuk info ini.😙

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Makanan Yang Boleh Membantu Pesakit Tibi Lebih Sihat

Cara Untuk Kecutkan Bengkak Tonsil

Jenis-jenis Penyakit Tibi