Teknik Lekapan Bayi Yang Betul Dalam Penyusuan

TEKNIK LEKAPAN MULUT BAYI YANG BETUL DALAM PENYUSUAN

Assalamualaikum..selamat pagi semua. Entri kali ini sue nak kongsi tentang teknik telekap mulut bayi dengan betul semasa menyusukan bayi.

Sue tengok ramai betul ibu-ibu yang cakap susu tidak cukup dan anak tidak kenyang. Ada juga beri susu cara salah menyebabkan nipple/puting ibu luka..scarynya kalau luka.

So ini ada sedikit perkongsian untuk ibu diluar sana tahu sedikit sebanyak tentang teknik telakap mulut bayi semasa menyusu.

Boleh tengok juga disini tentang Petua perbanyakkan susu ibu

BILA MASA YANG SESUAI MENYUSUKAN BAYI

Sejurus selepas melahirkan bagi susu pada bayi. Saat ini 30 minit lepas bayi lahir adalah masa tepat kerana waktu ini bayi mempunyai tindakbalas yang kuat untuk menghisap susu ibu. Tambahan susu permulaan ini dipanggil kolostrum ini sangat berkhasiat mempunyai protien tinggi, rendah lemak dan mudah dicerna oleh bayi

TEKNIK LEKAPAN YANG BETUL YANG BETUL SEMASA MENYUSU





  1. Sentuhkan puting ibu pada bibir bayi. 
  2. Pastikan bayi nganga mulut seluasnya dan pastikan posisi puting berada atas bibir bayi.
  3. Kemudian puting perlahan turunkan sedikit untuk masukkan dalam mulut bayi.
  4. Pastikan semua bahagian areola (bahagian coklat puting) memenuhi mulut bayi.
  5. Bunyi tengukkan dan rasa deraian air susu mengalir tanda susu ibu dihisap dengan betul.
  6. Lepas menyusu musukkan jari ksliling untuk membuang mulut dari puting tanpa melukakan puting kita.

Semoga perkongsian sue pada entri kali memberi manfaat pada ibu-ibu diluar sana.

Pada yang ingin share di persilakan.

Fb : Suzana Idris
Ig : ciksue_healthybeauty


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Makanan Yang Boleh Membantu Pesakit Tibi Lebih Sihat

Cara Untuk Kecutkan Bengkak Tonsil

Jenis-jenis Penyakit Tibi