6 Masalah Kulit Yang Biasa Berlaku Dan Cara mengatasinya

6 Masalah Kulit Yang Biasa Berlaku Dan Cara mengatasinya

Bayi selalunya akan ada masalah kulit seperti ruam, dan lain-lain. Ianya fasa normal bila bayi menghadapi gangguan masalah kulit namun ada sebahagiannya adalah petanda awal penyakit kulit tertentu.

Entri hari nih saya nak kongsikan berkenaan jenis kulit yang di alami bayi selepas fasa kelahiran mereka.

6 JENIS MASALAH KULIT PADA BAYI

Ini antara masalah kulit yang dihadapi bayi dan juga cara mengatasinya.

1) ALAHAN @ ALERGIK


biasanya ia terjadi disebabkan imun tubuh bayi masih lagi rendah atau pun diwarisi secara genetik oleh ibu bapa mereka.

Bayi yang alahan ini sangat sensitif terhadapa sentuhan, makanan, persekitaran, debu dan juga tindakbalas bahan tertentu.

Ia boleh menyebabkan terjadinya ruam, tanda kemerahan, iritasi dan kegatalan pada kulit dan boleh mencetus ekzema yang kronik.

Setiap bayi berbeza jenis alahanya jadi dapatkan nasihat dan rawatan dari doktor untuk memahami masalah alergik pada bayi.

Penyediaan langkah awal perlu diambil berat bagi bayi yang alahan ini. Mungkin dengan bantuan dari luar juga membantu seperti sapu krim tertentu untuk kurangkan kegatalan dan alergik. Paling penting kerapkan memyusu bayu untuk tingkatkan imun badan mereka.

2) EKZEMA


Ekzema adalah masalah yang serius bagi bayi dan ia beri kesan jangka masa panjang. Malah mungkin akan berulang dalam tempoh yang tertentu.

Ekzema ini merujuk pada kondisi kulit yang kering, merekah, bersisik, timbulnya kemerahan pada kulit, kegatalan malah ada yang berair serta berdarah.

Selalunya tempat yang sering jadi ekzema ini dikawasan wajah, tangan, leher, siku dan pelipat lutut.

Ekzema ini terjadi mungkin juga disebabkan ketahanan badan bayi yang rendah untuk menghalang infeksi, alergi dan mereka sangat sensitif dengan persekitaran termasuklah sentuhan. Faktor genetik pun boleh jadi juga.

Bila ekzema macam nih ia memerlukan pemerhatian doktor dan nasihat dari pakar kulit. 

Mungkin krim tertentu boleh digunakan untuk membantu atasi masalah ekzema kulit jenis ringan. Ia bantu kurangkan kesan iritasi supaya bayi lebih tenang dan kurang menggaru.

3) JERAWAT BAYI



Selalunya jerawat pada bayi ni tak membahayakan. Ia selalu naik di pipi, hidung, dagu dan juga dahi.

Ianya petanda biasa jer bagi bayi yang baru lahir. Biasanya akan hilang lepas beberapa bulan atau minggu.

Sering cuci kulit bayi dengan air dan sapukan krim pelembap khas utk bayi boleh bantu hilangkan atau kurangkan masalah ini.

Jika masalah ini berlanjutan dapatkan rawatan dari doktor yang pakar.

4) MILIA


Sesetengah bayi akan naik bintik-bintik putih di atas hidung, dagu atau dahi. Ia dikenali sebagai milia atau white spot.

Biasanya jadi pada bayi yang baru lahir. Ia akan hilang dalam masa beberapa minggu atau bulan..

Untuk hilangkanya cucian semasa mandi sahaja sudah memadai. 

5) RUAM PANAS


Ruam panas nih mudah jadi apabila cuAca panas dan lembap. Ia disebut miliria dalam bahasa perubatan. 

Boleh nampak tanda-tanda ruam ini bila naik merah-merah dikawasan leher,bawah ketiak, pipi, celah paha, bawah pelipat kaki.

Biasanya kawasan ini akan jadi dulu sebab pengudaraan dikawasan ini amat terhad.

Ruam ini boleh menyebabkan bayi tidak selesa kerana ia pedih dan gatal. Jika berlarutan ia boleh melarat dan bahaya pada bayi.

Boleh pakaikan baju kain kapas dan berlubang-lubang untuk beri pengudaraan yg baik pada kulit bayi.

Boleh juga sapukan krim tertentu supaya ia mengurangkan kegatalan dan rasa pedih. Ia juga membantu kurangkan ruam bayi.

Kerapkan mandi dan juga letakkan bayi di kawasan yg sejuk dan mempunyai udara yg baik.

6) RUAM LAMPIN


Ruam lampin nih jadi bila mak lambat tukar diapers atau bayi pakai diapers yang kurang sesuai dengan kulitnya.

Boleh tengok bila kulit bayi kelihatan merah terutama di kawasan paha dan punggung serta anu bayi.

Sapuan krim sangat membantu mengurangkan rasa tidak selesa, kemerahan dan juga kegatalan.

Kerapkan tukar diaPers bila jadi ruam lampin dan juga jaga kebersihan kulit bayi.

ATASI MASALAH KULIT DENGAN KRIM HERBA AJAIB UNTUK SEISI KELUARGA.

Krim herba blend ini lebih dikenali sebagai krim herba ajaib. Krim ini sesuai untuk seisi keluarga dari bayi sampai ke tok nenek. Ia diperbuat dari bahan semulajadi tanpa ada bahan kimia merbahaya. Terbukti berkesan dan selamat.


7 Kebaikkan Krim Herba Blend :


  1. Membantu mengurangkan masalah kulit dan gatal akibat gigitan serangga.
  2. Merawat kulit kasar dan tumit merekah.
  3. Mengurangkan kerengsaan kulit akibat luka dan melecur
  4. Menghilangkan parut luka atau kudis
  5. Menghilangkan iritasi kulit akibat ruam panas atau lampin.
  6. Mengurangkan haba dalaman bila disapu seluruh badan. Baik utk atasi demam
  7. Boleh jadikan losyen harian. Tidak berminyak, melekit dan rasa lebih nyaman selesa.

Untuk dapatkan produk shaklee ini boleh hubungi saya. Setiap pembelian dapat consultan free dan exclusive.

Suzana Idris
1115671
012.4249148 @ 

Ulasan

  1. Akak pun suka guna herbal blend ni. Akak simpan 5 tiub untuk kegunaan rumah akak. Anak akak suka bila disapu dengan herbal blend ni. Untuk kembung perut akak sapu herbal blend jer. Yang dah biasa guna tahu la kesan dia macam mana. Anak pun tak meragam sangat. Ibu pun happy.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Makanan Yang Boleh Membantu Pesakit Tibi Lebih Sihat

Cara Untuk Kecutkan Bengkak Tonsil

Jenis-jenis Penyakit Tibi