5 TIPS KURUSKAN BADAN DENGAN SIHAT

ASSALAMUALAIKUM.....................

Ramai yang risau badan gemuk, lemak sana sini,.... Nak pilih baju pun susah.. tak ada saiz....
bukan sahaja dari segi pemakaian tetapi dari segi kesihatan pun risau juga.. Jika terlebih berat dan dah tahap obesiti.. Macam-macam penyakit datang pada kita terutamanya penyakit kronik iaitu jantung, darah tinggi, kencing manis.. Semua tuh penyakit yang susah nak kawal dan rawatnya.

Ada juga yang nak kurus dengan membeli suppliment, mengamalkan petua-petua atau join mana-mana kelas senaman atau tahan lapar. Tahan lapar itu tidak elok untuk badan malah boleh memberi teknana pada diri sendiri. 

So di sini sue ada tips / diet yang sihat yang boleh korang ikut. Jom kita tengok apa diet yg sihat untuk korang...

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Kurangkan berat badan dengan diet yang seimbang

Apa yang perlu anda lakukan adalah rancang jadual pemakanan anda dengan betul. Jangan tahan lapar nak kuruskan itu namanya membahayakan kesihatan. 

TIPS MUDAH PERLU DI INAT SEMASA DIET 


  1. Jangan melepasi waktu makan
  2. Makan sikit tetapi kerap, ini dapat meningkatkan metabolisma
  3. Banyakkan minum air masak
  4. Buang semua makanan yg idak berkhasiat dan mengandungi gula yang tinggi
  5. Perbanyakkan makan buah-buahan, sayur-sayuran, daging tanpa lemak, bahan tenusu tanpa lemak, ikan dan bijirin.
  6. Buat catatan mengenai apa yg anda mkn dan bagaimana rasanya.

2. Perlu bergerak aktif

Untuk langkah awal bagi yang ingin turunkan berat badan, anda tidak perlu melakukan sukan yang berat seperti olah raga sebagai aktiviti harian anda untuk buatkan anda rasa segar dan cergas. Tetapi anda boleh melakukan aktiviti yang anda suka supaya aktiviti itu dapat dilakukan berulang kali dan anda tidak mudah bosan. Antara aktiviti yang disarankan adalah bermain futsal bersama rakan-rakan ataupun anda boleh berbasikal bersama keluarga sambil santai bersama orang tersanyang. Aktiviti sebegini bukan sahaja dapat kurangkan berat badan malah ia juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim bersama keluarga dan rakan. Aktiviti ini anda boleh lakukan 3 kali dalam seminggu.

3. Makan makanan yang boleh mengenyangkan anda

Memakan makanan yang seimbang bukan sahaja memberikan anda nutrisi rendah kalori, malah ia juga boleh memberikan anda rasa kenyang dengan cepat. Hal ini sangat baik kerana boleh menghadkan pengambilan makanan agar tidak berlebihan. Oleh itu, anda digalakkan untuk memuatkan makanan-makanan berikut ke dalam menu harian anda:

  • Bijirin oat
  • Epal
  • Telur
  • Sayuran
  • Dark coklat
  • Halia
  • Kekacang 
  • Ubi

4. Kira jumlah kalori

Apabila anda mengetahui kadar minimum kalori yang diperlukan oleh badan setiap hari ia dapat membantu anda untuk merancang pemakanan yang lebih berkesan. Sepertimana yang kita tahu jumlah kalori individu adalah berbeza dan ia akan berubah mengikut peningkatan umur. Selain itu anda juga boleh merujuk kepada pakar pemakanan atau dapatkan nasihat daripada doktor pakar dalam target penurunan berat badan supaya anda dapat turunkan berat badan dengan cara yang sihat dan tidak membebankan anda. Anda juga perlu memilih kadar nutrisi sayur-sayuran, buah-buahan, lemak dan protein yang seimbang supaya ia tidak membahayakan anda.

5. Hindari kalori dalam minuman

Cara ini adalah cara yang paling mudah untuk dilakukan untuk turunkan berat badan. Anda perlu menggantikan minuman manis seperti tea ais, milo, nescafe dan minuman ringan yang lain demgan minuman bebas gula. Dengan cara ini anda dapat kurangkan berat badan anda senayak 10 kg dalam tempoh 2 bulan.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Done tips/diet yang sihat yg boleh anda ikut. Semoga bermanfaat untuk anda semua.

Jika anda ingin dapatkan suppliment untuk kuruskan badan dengan sihat boleh klik di sini : 

BOLEH HUBUNGI SAYA DI SINI : 

FB : Cik sue
FB PAGE : Suevita.com
SMS/WHATSAPP : 012-4249148

** FEEL FREE TO SHARE **









Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Makanan Yang Boleh Membantu Pesakit Tibi Lebih Sihat

Cara Untuk Kecutkan Bengkak Tonsil

Jenis-jenis Penyakit Tibi