9 TIPS RAWATAN DAN PENCEGAHAN BUASIR
BUASIR
Perit tengok orang derita buasir ini. Yelah masuk tandas berkali-kali tapi tetap tak selesa malah susah untuk ke mana-mana bila sakitnya menyerang. Jika di biar sakit buasir ini ia akan bawa bahaya pada kesihatan kita.
APA ITU BUASIR?
Buasir @ hemeroid ini terjadi apabila saluran vena di kawasan anu membengkak. Vena ini membonjol keluar menyebabkan ketidakselesaan, kesakitan, gatal dan berdarah. Jika tidak dirawat ia boleh dijangkiti kuman dan sakitnya melarat.
JENIS-JENIS BUASIR
Buasir ini sendiri terdiri daripada 2 jenis iaitu :
BUASIR DALAMAN
Buasir jenis ini tidak memberi kesakitan dan kegatalan kerana ia berada jauh di dalam spektrum. Akan tetapi ia menyebabkan gangguan ketika membuang malah boleh mengakibatkan pendarahan. Jika ini berlaku dapatkan rawatan segera.
BUASIR LUARAN
Buasir luaran ini sering kita dengar terjadi dikalangan lelaki, wanita dan juga ibu hamil serta berpantang. Ia membuatkan kita rasa sakit, tidak selesa, pedih dan gatal pada bahagian dubur.
Buasir ini perlu dirawat segera apabila vena membengkak dan keluar dari anus Jika dibiar ia boleh dijangkiti kuman.
Sumber : ms.m.wikipedia.org
TAHAP PENYAKIT BUASIR
Buasir mempunyai 4 tahap yang berbeza. Tahap buasir :
TAHAP 1 : Dinding mukosa membengkak di dalam bahagian anus namun buasir tersebut tidak keluar dari anus.
TAHAP 2 : Buasir tersebut terkeluar semasa membuang air besar namun ia akan masuk secara spontan apabila pesakit berhenti meneran.
TAHAP 3 : Buasir tersebut terkeluar semasa membuang air besar dan terpaksa dimasukkan semula dengan menolaknya masuk menggunakan jari.
TAHAP 4 : Buasir tersebut tidak boleh dimasukkan dengan jari.
GOLONGAN YANG BERISIKO MENDAPAT BUASIR
Tidak semua orang yang boleh kena buasir. Namun kajian menunjukkan golongan ini amat berisiko mendapat buasir :
- Ibu hamil yang mempunyai masalah berat badan atau bayi besar.
- Sering mengangkat benda-benda berat terutamanya pekerja buruh.
- Seseorang yang kerap alami sembelit
- Tidak mengambil pemakanan seimbang
- Seseorang yang sering alami batuk kronik
- Mempunyai ahli keluarga yang ada buasir
- Golongan yang melakukan sex melalui anus
Ini antara golongan yang berisiko mendapat penyakit buasir. Boleh cakap di sini pemakanan sangat penting untuk pesakit buasir. Makanan yang boleh membuatkan mereka cirit kena pantang selamanya seperti makanan pedas.
SIMPTOM/GEJALA BUASIR
- Ketika membuang anus rasa sakit.
- Pada sekitar bahagian anus ini terasa pembengkakan dan juga ketulan
- Membuang bersama titisan darah segar.
- Sakit bahagian anus ketika duduk
- Terasa sakit dan pedih dibahagian anus.
LANGKAH PENCEGAHAN DAN RAWATAN BUASIR.
Rawatan dan pencegahan ini boleh dibuat oleh sesiapa yang ada buasir. Ia mudah diamalkan oleh pesakit buasir. Akan tetapi jika berlarutan dapatkan rawatan dari doktor dengan segera.
Berikut adalah tips dan langkah pencegahan buasir.
1. Elakkan mengelap anus dengan kain kasar terutama bagi anda yang mengalami buasir tahap 4
2. Boleh sapukan gel antiradang (rowatanal) pada bahagian anus yang bengkak. Gel ini boleh didapati di farmasi. Suami sue pernah gunakannya atas nasihat doktor.
3. Rendamkan punggung dalam mangkuk selama 15-20 minit. Prof. Dr. Lester Rosen dari University School of Medichine di Philadelphia, Keadah ini mampu merehatkan otot spinkter anus lalu mengelakkan otot dari menjerit tisu buasir yang membengkak keluar. Kaedah sesuai untuk anda yang buasir tahap 4.
4. Elakkan menangguh proses pembuangan air besar. Ia boleh menyebabkan sembelit dan berlaku luka pada dinding anus
5. Melakukan senaman seperti berbasikal, berenang dan lain-lain. Ia boleh merangsang pergerakkan anus dan sekaligus melancar peredaran darah.
6. Mengambil diet serat yang tinggi seperti sayuran, buahan. Ini untuk membantu melembutkan najis serta melancarkan proses pembuangan.
7. Minum air kosong yang banyak setiap hari. Ini untuk mencegah terjadinya sembelit atau najis keras.
8. Elakkan duduk mencangkung terlalu lama. Ia tidak baik untuk anus kerana ia memberi tekanan kepadanya.
Sumber : www.healthmassa.com
Perlu diingatkan bahawa kaedah dan rawatan ini adalah untuk anda yang mempunyai buasir ringan. Jika buasir berlarutan dapatkan rawatan segera di hospital berdekatan anda.
Sue nak kongsikan juga supplemen untuk mengatasi masalah buasir yang anda alami.
OMEGA GUARD
Omega guard ini baik untuk sendi dan otot. Omega membantu pengecutan otot anus yang membengkak akibat dari tekanan ketika membuang air besar.
OSTEMATRIX
Melancarkan pembuangan air besar dan memberi keselesaan ketika alami luka dibahagian anus.
VITALEA
Vitalea adalah multivitamin dan mempunyai zinc di dalamnya. Pengambilan zinc membantu menyembuhkan luka dibahagian anus.
HERBLAX
Herblax ini kombinasi herba yang digunakan secara tradisional lagi untuk sistem pencernaan. Ia mampu melancarkan proses pembuangan terutama bagi yang ada masalah sembelit kronik.
VITAMIN C
Anda alami masalah buasir atau sembelit yang kronik boleh mencuba set buasir ini sebagai ikthiar untuk sihat.
Berminat boleh membuat belian disini dengan terus tekan sahaja. Setiap pembelian akan mendapat konsultasi daripada saya secara berterusan dan percuma.
Atau boleh terus hubungi saya disini :
SUZANA IDRIS
PENGEDAR SHAKLEE PADANG SERAI
ID : 1115671
FB : Ciksue
IG: ciksue_healthybeauty
CONTACT : 012-4249148
Atau boleh terus klik link ini
Ulasan
Catat Ulasan