Resepi Tepung Pelita

Assalamualaikum..

Selamat petang dan salam 13 ramadhan. Petang ini sue berhajat nak sedekahkan kuih muih so benda paling sedang nak bahagikan but kuih tepunv pelifa jelah.

Resepi ini diberi oleh seorang makcik masa sue mula berniaga kuih hari itu. Sampai sekarang sue guna malah ilmu ini disebar pada sesiapa saja yang mintak dari sue.

So hari inisue nak kongsikan dalam blog sue supaya ia kekal dan semua orang boleh gunakan.  Kalau korang nak buat jual pun boleh tau.  Pastiny laku keras.

RESEPI TEPUN PELITA

Bahan-bahan:

1 mug tepung beras
4 mug air kosong
1 mug air pandan
1 mug air kapur
Santan dalam rm4 (sue tak sukat tadi,  selalu beli yang plastik kecil2 ja santan)
Gula
Garam

Cara buatnya:



1. Blend pandan bersama air 1 mug masukkan dalam mangkuk
2. Masukkan tepung beras dan air kapur kacau bagi sebati.


3. Sediakan bekas kecil dan masukkan gula sesudu kecil setial bekas.


4. Masukkan air kosong 4 mug kemudian didihkan.
5. Air mendidih masukkan tepung yang sebati tadi kacau hingga masak. Bila tepung bersinar dan kelihatan hijau cerah.
6. Angkat dan masukkan sesenduk kecil disetiap bekas berisi gula tadi. Biarkan hingga sejuk.
7. Masukkan santan,  gula,  garam dan air 2mug.
Didihkan atas api.
8.masuk 3@4 sudu tepung beras dan kacau bersama sedikit air. Masukkan ia ke dalam santan tadi untuk pejalkan santan bila sejuk.
Pastikan santan keras bila sejuk.  Test dulu di dalam piring.


Aduanan ini boleh dalam 30 biji atau lebih.  Biasanya akan dapat 30 biji. Alhamdulillah buatnya dalam sejam saja sudah siap.

Fell free to share or gunakan.  Moga korang berjaya buat kuih tradisi ore kelantan ini.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Makanan Yang Boleh Membantu Pesakit Tibi Lebih Sihat

Cara Untuk Kecutkan Bengkak Tonsil

Jenis-jenis Penyakit Tibi