Resepi Onde-Onde atau kuih Gula Melaka

Assalamualaikum..

Salam ramadhan ke 12 buat semua umat islam di dunia ini. Hari ini teringat kuih muih kat kelantan muh.  Buah tanjung  kuih hitam,  feveret ciksue tau tuh. Puasa kat kedah nih boleh makan popia sos jer yang lain bukan selera ciksue bulan-bulan puasa nih. 

So hari ino dok sembang dengan mak tadi,  dia baru sudah buat kuih pelita untuk dijual. Sedapnya lah..Sue kena buat kalau nak makan padang serai ini susah nak jumpa kuih muih kelantan.

 Seseiapa nak makan kuih pelita versi tok minah boleh pergi beli kat kedai ayam goreng " KELANTAN FRIED CHICKEN" ayah sue dok meniaga kat bazar akma lima dekat dengan pantai timur rantau panjang.

So hari ini sue buat onde-onde jer.  Beli tak cukup suami sue suka makan onde-onde. So hari ini sue kongsikan dengan korang onde versi ciksue la.  Mudah dan simple saja. 

RESEPI KUIH ONDE-ONDE

Bahan-bahan:
2 cawan tepung pulut
1 sudu tepung berasa
2 kerek gula melaka
5-6 helai daun pandan
300ml air kosong
Kepala parut 1 plastik kecik
Secubit garam
Satu sudu gula


Cara buat :

Air pandan : gunting daun pandan dalam blender kemudian masukkan air pahtu terus blend. Tapiskan untuk buang sisa daun. Ketepikan. 

Adunan tepung : masukkan tepung pulut dan beras dalam mangkun.  Masukkan secubit garam kemudian masukkan air pandan tadi sedikit dan uli. Jika berderai masukkan air lagi uli sehingga tidak melekat di tangan.  Jangan terlalu lembik dan keras susah nak gentelkan bulat nanti.

Gula melaka potong dadu kecil-kecil.  Agak bulat yang korang nak buat nanti. 

Kelapa parut masukkan dalam talam,  masukkan gula,  garam sedikit kemudian kukus 2-3 minit. Tujuannya kelapa susah basi nanti.

Rebuskan air hingga mendidih kemudian gentelkan adunan dengan masukkan gula melaka.  Gentel bulat masukkan dalam air mendidih. Adunan bulat itu terapung tandanya dah masak. 
Angkat masukkan dalam kepala parut. Golekkan adunan tadi dan masukkan dalam pinggan.
Ulang sehingga habis adunan tadi. 
Lepas tuh onde-onde sedia untuk dimakan.

Senang,  simple dan tak renyoh pun buatnya.

Nih gambar yang sue buat tadi.  Tak cantik tapi in shaa allah sedap di makan. 


Selamat mencuba. Dah cuba boleh share sini.. 🙂

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Makanan Yang Boleh Membantu Pesakit Tibi Lebih Sihat

Cara Untuk Kecutkan Bengkak Tonsil

Jenis-jenis Penyakit Tibi