7 Tips Mudah Mulakan Bisnes Online

7 Tips Mudah Mulakan Bisnes Online


Sekarang ramai yang celek it. Budak-budak pun dah pandai layari internet, ada facebook dan ig. Mahukah jadikan flatform internet ini lubok mencari rezeki?

Amatlah rugi bagi mereka yang ada flatform ini Tetapi tidak menggunakannya ke arah yang lebih berguna. Jadikan ia sebagai sumber pendapatan korang.

Jika ada antara anda yang ingin mulakan bisnes online, di sini sue nak kongsikan beberapa tips untuk anda. Jom baca.

Tips Mudah Untuk Mulakan Bisnes Online.

1) PRODUK

Pada permulaan tidak perlu anda buat produk sendiri yang perlukan modal banyak. Cukupla anda mencari produk yang telah para pelanggan kenal dan jenama yang sudah kukuh. Ini kerana pelanggan lebih cenderung membeli bila jenama sudah terkenal dan kukuh di pasaran.

2) MODAL YANG RENDAH

Untuk mulakan bisnes, carila produk yang anda tidak banyak keluarkan modal. Modal yang mampu dengan pendapatan anda.

Dinasihatkan jangan membuat pinjaman peribadi, ah long, persendirian dan sebagainya. Ini kerana bisnes baru nak mula belum tentu lagi pulangannya kita dapat

3) KEUNTUNGAN

Pasal keuntungan ini, semua peniaga nak untung besar betul tak? Tetapi sabar, dengan keuntungan Kecil juga anda boleh berjaya.

Ramai yang beranggapan jika modal Kecil untungnya kecil. Tidak sebenarnya. Kita boleh besarkan untung kita bila kita sudah ada ilmu tentang pemasaran dan pengurusan kewangan.

So sekarang fokus untuk branding diri dan manfaat produk yang anda jual.

4) RISIKO YANG RENDAH

Risiko yang rendah tidak membebankan anda. Jika lingkup pun anda masih lagi boleh bangkit dan rasa tidak terbeban.

Dalam bab ini, anda kena rajin promosikan barangan jualan anda. Jika barangan jualan itu cepat rosak kena uruskan pengurusan stok dengan bijak.

5) BELAJAR ILMU PEMASARAN

Ilmu pemasaran penting untuk kita perluaskan bisnes kita. Dari ini kita perlukan mentor yang sudah lalui onak duri dalam bidang bisnes. Hadiri seminar bisnes yang di buat oleh mana-mana pihak yang anjurkan.

6) AKAUN BANK

Yes yang ini penting. Tak ada akaun macam mana anda nak buat jual beli. Akaun juga untuk memudahkan anda track payment setiap pelanggan anda bankin.

7) MEDIUM INTERNET

Yang ini nyawa kepada peniaga online. Anda pelru ada internet dan flatform untuk anda promosikan produk anda. Contoh mudah :

- Facebook
- Instagram
- Blog
- Whatsapp
- Twiter

Ini antara tips mudah untuk anda mulakan perniagaan atas talian anda. Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada anda.

Love💜Ciksue
Pengedar Shaklee Padang Serai

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Makanan Yang Boleh Membantu Pesakit Tibi Lebih Sihat

Cara Untuk Kecutkan Bengkak Tonsil

Jenis-jenis Penyakit Tibi