Makanan Yang Wajib Dicuba Bila Ke Rantau Panjang Kelantan

Cakap pasal makanan sue dah meleleh teringat kat makanan kesukaan sue di kampung, rantau panjang kelantan.

Bila anda ke sana mesti cuba makanan orang sana. Ada pelbagai kuih-muih dan makanan yang payah nak dapat di tempat lain terutama di utara.

Entri kali ini sue nak kongsikan makanan yang wajib anda cuba bila ke sana. Jom tengok apa makanannya.

MAKANAN YANG WAJIB DICUBA BILA ANDA DATANG KE RANTAU PANJANG, KELANTAN.

1) MEE CELUP

Mee nih kalau kat padang serai susah bebenor nak carinya. Sue mengidam nak makan masa hamil cari sampai perda tau.

Mee celup nih tak sama dengan mee sup. Dia lain sikit rasanya dengan ada rempah, lada jeruknya. Sedap sangat aih.Alahai terliur pulok makyong dok menaip blog nih.

Kedai mee celup nih banyak tapi yang biasa sue makan di jalan sekolah cina, kubang rambutan dan kampung dangar.


2) NASI KUNING (KHOUMOK)

Yang nih pernah masuk jalan-jalan cari makan. Nasi kuning sedap lembut dan ayam beremlah dia yummy. Kedai dia di gual tinggi tepi sekolah rendah gual tinggi. Selain nasi khoumok macam-macam menu ada. Colek buah pun ada kat sini.


3) LOKCING

Ini salah satu makanan kesukaan sue juga. Lokcing ini sedap di bakar dengan arang. Yang penting colek kena kaw pedas dan pekat, melekat pada lokcing.

Tempat selalu sue beli nih belah malam, lokcing abe mat..ore sohor rantau panjang. Kalau siang hari boleh beli di kedai kak sila depan imegresin.


4) KUIH-MUIH KELANTAN

Kuih muih nih dari sue kecil lagi depa dok berniaga. Paling suka kuih hitam. Baru-baru ini viral kuih kuba golek, ha tu lah kuihnya. Kuih buah tanjung, tahi itik, mokeng, akok, dan macam-macam lagi. 

Kuih muih nih boleh di beli di tepi jalan atas kereta tolak depan caltex rantau panjang. Sedap dooh..cubala bila anda pergi sana.



5) COLEK-COLEK BUAH

Coleh buah sana beza sikit dengan utara. Dia ada colek gula lada garam tuh. Yang tu sedap sungguh. Lani sue dok mengidam buah cermai dengan colek gula lada gituh.. Alahai kat mana cari kat sini. 

Selalu sue beli dengan kak yang meniaga dekat depan pantai timur. Meniaga denga coley ja. Kat dia murah sikit dari tempat lain.



6) KERABU MEGGI DAN SOMTAM

Kerabu megi nih merata sue beli. Tapi paling sedap gerai tepi jalan dekat dengan masjid rantau panjang. Somtam selalunya sue beli di restoran fuad saja. Situ kena dengan selera sue.



7) PULUT AYAM

pergh..yang nih dari sekolah lagi dok makan. Kak yang sue selalu dok beli lun masiheniaga lagi lani. Dulu gerai dia stesen bas tapi lani kedai di bazar tengku aminah.

Pulut lembut ayam garing betoi air lada dia perghh... Sedap oii.... Meleleh dah air liur makyong...alahai...Wajib cuba tau.



8) AISKRIM BABA

Aiskrim nih sedap. Ada roti, kacang, jagung, agar-agar dan macam-macam lagi toppingnya. Sue selalu dok beli kat abag yang meniaga di masjid beijing. Baik orangnya selalu bagi lebih topping kat sue. Aiskrim dia pun sedap. Cubalah..



Sebenarnya banyak sangat makanan best kat sana. Boleh kata semua sedap-sedap. Nanti sue update lagi makanan apa yang sedap yer.
So korang jangan lupa singgah dan cuba bila ke sana.

Happy holiday pada semua yang sedang bercuti.


Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Makanan Yang Boleh Membantu Pesakit Tibi Lebih Sihat

Cara Untuk Kecutkan Bengkak Tonsil

Jenis-jenis Penyakit Tibi