Tips Kuatkan Imun Badan Kanak- Kanak
Tips Kuatkan Imun Badan Kanak- Kanak
Sistem imun badan kanak-kanak ini berbeza tau dengan dewasa. Kanak-kanak masih perlukan zat dan nutrisi yang lebih banyak lagi untuk sistem imunisasi mereka. Sistem imun mereka tidak sekuat kita. Mereka mudah terdedah dengan jangkitan.
Untuk bayi, mereka menerima antibodi melalui ibu. Setelah lahir mereka perlukan antibodi dari susu ibu. Colostrum mengandungi banyak antibodi untuk melindungi bayi lepas lepas lahir dan sehinggalah umur dia 2 tahun. Pada setahun suntikkan imunisasi diberi untuk mematangkan antibodi mereka.
Petanda antibodi kanak-kanak lemah adalah mereka kerap jatuh sakit .
PUNCA SISTEM IMUN KANAK-KANAK LEMAH
- Pemakanan yang tidak seimbang. Kurangnya makan sayuran dan buahan.
- Persekitaran yang kurang bersih.
- Sentiasa terdedah dengan punca penyakit. Ini sering terjadi pada kanak-kanak yang berada di taska.
- Kurangnya vitamin c didalam badan.
- Kurangnya waktu tidur. Kajian mengatakan bahawa kanak-kanak yang kurang tidur mudah terdedah kepada jangkitan.
Baca ini juga : Supplemen untuk kanak-kanak autisme
CARA TINGKATKAN SISTEM IMUN KANAK-KANAK
1) SUSU IBU
Tahukah anda susu ibu paling terbaik imunisasi untuk bayi bawah 6 bulan. Susu ibu mengandungi komponen sistem imun seperti sel darah putih.
2) PEMAKANAN SEIMBANG
Pastikan kanak-kanak makan makanan seimbang dan penuh dengan nutrisi. Sayuran dan buahan perlu di ambil setiap hari. Ini kerana kekurangan zat makanan menyebabkan kanak-kanak sering jatuh sakit.
Boleh berikan madu, minyak zaitun, minyak ikan, bawang putih, chia seed dan sediakan sup tulang. Ia bagus untuk kanak-kanak. Ha lagi satu sentiasa sediakan buahan di dalam peti ais. Buah kaya dengan vitamun c.
3) VAKSIN
salah satu usaha adalah suntikkan vaksin pada pada anak anda. Di klinik kerajaan percuma saja vaksin ini. Vaksin ini sebagai persediaan sistem imun untuk menghadapi jangkitan yang sebenar melalui penghasilan sel antibodi memori.
4) JAGA KEBERSIHAN
Pastikan segalanya bersih bila bersama kanak-kanak. Makanan disediakan perlu dibersihkan dahulu begitu juga tangan kanak-kanak. Ingatkan mereka untuk basuh tangan dahulu sebelum makan.
5) JAUHI ROKOK
Bukan saja kanak-kanak sistem imun lemah bila hidup asap rokok tetapi kita yang dewasa juga akan jadi lemah. Tahukah anda vitamin c dalam badan akan hilang bila hidu asap rokok. Risiko untuk kanak- kanak boleh menyebabkan pneumonia ataU mati mengejut.
6) TIDUR YANG CUKUP DAN SENAMAN.
Tidur mesti cukup supaya badan kekal cergas dan kuat. Senaman perlu untuk kanak-kanak. Ia salah satu cara untuk kuatkan sistem imun dan kuatkan stamina kanak-kanak.
7) PENGAMBILAN SUPPLEMEN
Jika kita tengok nutrisi yang tidak cukup menyebabkan sistem imun rendah danudah jatuh sakit. Pengambilan supplemen membantu tingkatkan sistem imun kanak-kanak.
Boleh view sini : Set Kuatkan Imun Kanak-Kanak
Boleh view sini : Set Kuatkan Imun Kanak-Kanak
Di sini sue sertakan perkongsian rakan sue tentang kesan pengambilan supplemen terhadap sistem imun anak beliau. Jom baca
TIADA LAGI EPISOD ULANG ALIK KE KLINIK BAWA ANAK-ANAK YANG SELALU JATUH SAKIT
.
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Saya, Najihah binti Abdul Mutalib, ibu kepada 6 orang cahayamata yang berusia setahun setengah.sehingga 13 tahun. Saya ingin kongsikan #shakleeeffect yang anak-anak saya alami selepas amalkan vitamin Shaklee.
.
Ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil pasti sudah biasa dengan pengalaman bergilir-gilir menjaga anak-anak yang tak sihat pada waktu malam. Dan sesi ulang alik ke klinik gara-gara anak-anak demam atau sakit silih berganti.
.
Saya dan suami juga mengalami situasi yang sama suatu ketika dahulu. Maklumlah jarak kelahiran anak-anak agak rapat, anak sulung berusia sethn setengah dah dapat adik, kembar pula tu. 3 tahun kemudian, saya melahirkan anak ke-4 pula.
.
Bayangkan ketika itu, anak sulung berusia 5 tahun, anak kedua dan ketiga (kembar) berusia 3 tahun dan anak ke-4 baru lahir. Pada masa tu saya memang belum kenal Shaklee atau apa-apa suplimen.
.
Dulu, anak saya kerap jatuh sakit; kadang-kadang demam, batuk berkahak, selsema, muntah-muntah dan lain-lain. Bayangkanlah kebiasaannya kalau sorang sakit, sorang demi sorang akan "berjangkit".
.
Boleh dikatakan tiap-tiap bulan muka kami anak beranak akan muncullah sama ada di klinik panel tempat saya kerja dahulu @ klinik pakar kanak-kanak. Dan tiap kali berjumpa Dr Pakar terutamanya, pasti banyak juga caj yang dikenakan. Sebabnya bukan sorang yang sakit, paling tidak dua orang atau lebih.
.
Dan tiap kali berjumpa Dr pun, ubat yang sama jugalah diberi. Balik makan ubat semua, sebulan @ dua bulan lepas tu memang akan berulang semula. Tapi pada masa tu saya memang tak pernah terfikir langsung tentang suplimen atau vitamin ni.
.
Sehinggalah pada akhir 2011, saya mula kenal Shaklee. Tapi utk 1 tahun lebih pada awalnya saya hanya ambik vitamin Shaklee untuk diri sendiri sahaja. Alhamdulillah, selepas beberapa bulan amalkan Shaklee ia nampak serasi dengan diri saya.
.
Saya mula berikan vitamin Shaklee untuk anak-anak pada awal tahun 2013. Antara vitamin saya saya berikan untuk anak-anak ialah Meal Shakes, Omega Guard, Chewable Vita C dan Nutriferon (bila perlu sahaja).
.
Apa yang saya perasan, selepas konsisten berikan vitamin-vitamin Shaklee ini pada anak-anak, tahap jatuh sakit mereka makin menurun. Kekerapan ke klinik juga makin berkurang.
.
Kalau ada pun yang sakit (demam, selsema dan sebagainya), sakit-sakit tu takkan melarat untuk satu tempoh yang lama. Kalau nampak je simptom-simptom dia orang nak demam, terus saya berikan Nutriferon. Nutriferon ni amat berkesan tindakbalas sekiranya diambil sewaktu permulaan tanda atau simptom demam dan selsema tu.
.
Alhamdulillah..kini walau saya berseorangan menguruskan anak-anak, saya amat bersyukur kerana episod ulang alik ke klinik bila anak-anak sakit tak berlaku sekerap dahulu lagi. Kalau badan anak-anak dah ada rasa panas-panas macam nak demam, terus saya akan berikan Nutriferon (paling utama), diikuti Chewable Vita C dan Omega Guard.
.
Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati. Berilah vitamin terbaik untuk anak-anak anda, apa lagi kalau bukan Shaklee sebagai satu usaha untuk meningkatkan taraf kesihatan seisi keluarga. Saya berharap dengan perkongsian ini, kebaikan vitamin Shaklee akan tersebar serta dapat memberi manfaat kepada lebih ramai orang lagi. Sekian. Terima Kasih.
.
Alhamdulillah kesihatan anak-anak beliau semakin baik setelah di beri vitamin untuk kuatkan sistem imun badan mereka. Beliau pun seronok tengok anak-anak sihat.
Anda yang mempunyai anak dan anak sering saja jatuh sakit boleh mencuba set kuatkan imun kanak-kanak.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di sini : 012-4249148 @ klik saja sini www.wasap.my/60124249148 .
Love 💜 Ciksue
Pengedar Shaklee Padang Serai 🌷
info yang sgt baik
BalasPadamTq kak ana... 😘
BalasPadam