Resepi Nasi Goreng Putih
Assalamualaikum dan selamat petang.
Happy weekend semua, pergi mana petang ini? Ciksue mereput ja di rumah ini dengan mekdira. Abahnya kerja jadi weekday bila abahnya cuti ja baru boleh berjalan-jalan.
Minggu closing minggu nih. Ciksue sibuk dok follow up custmer dan juga prospek. Moga ada rezeki ciksue nak capai target bulan ini. Doakan ciksue yer kawan-kawan.
So petang ini ciksue nak kongsikan resepi yang simple tapi anak mesti makan bertambah. Yelah kekadang benda simple pun sedap tau.
RESEPI NASI GORENG PUTIH BY CIKSUE
Bahan-bahan :
1 periuk nasi putih (sue masak 2 cawan kecil ja tadi)
4 ulas bawang putih.
3 ulas bawang merah sederhana kecil
Udang dalam 15 ekor (udang sederhana besar)
Telur sebiji. Nak letak dua pun boleh.
Kicap ikan
Serbuk perasa (optional)
Minyak masak@bijan
Sawi 2@3 pohon kecil
Cara-cara :
1. Mayang bawang putih dan merah.
2. Panas minyak dan tumis bawang yang dimayang tadi.
3. Kemudian masukkan udang, biarkan 5-10 minit. Biarkan udang masak.
4. Kemudian masukkan kicap ikan secukup rasa. Jangan banyak nnti terlebih masin.
5. Masukkan perasa jika nak. Sue tak masukkan pun.
6. Masuk telur kacau hingga masak.
7. Masukkan nasi yang dileraikan. Gaul rata. Pastikan rasa okey jika belum tambah ja kicap ikan tadi.
8. Masukkan sayur sawi. Sawi layu sikit boleh off api.
Sedia untuk di hidang bersama ikan goreng, ayam goreng, telur mata ka. Ikut selera anda semua.
Selamat mencuba..😊

wah menarik ni kena cuba
BalasPadamyuummmeeyyyhhh..... ni yg buat mekdira sayang tu....
BalasPadamKak ana..cblah..
BalasPadamKak qis...hehe mekdira syg sokmo..😁