Punca Terjadinya Stroke Dan Kenali Stroke
Stroke boleh bawa maut, koma dan cacat! Biasanya orang yang mudah terkena stroke ini orang yang mempunyai penyakit kroni hypertensi, kolestrol dan diabetis. Ayah kawan sue pernah kena stroke. Sambil jangan nak sudahkan kerjanya saja boleh. Nasib kena tempat orang ramai kalau sorang2 boleh maut. Scary tau. Stroke terjadi apabila darah ke otak berkurangan atau terganggu. Ini menghalang otak menerima oksigen dan nutrien yang boleh menyebabkan sel-sel otak mati. Stroke terjadi mungkin disebabkan arteri tersumbat (stroke ischemic) atau bocor/pecah saluran darah (stroke hemorrhagic). Ada juga sesetengah orang yang mungkin mengalami gangguan saluran darah ke otak iaitu serangan ischemic sementara. KENALI STROKE STROKE ISCHEMIC 85% stroke adalah dari strok ischemic. Ia berlaku apabila arteri ke otak menjadi sempit atau tersumbat menyebabkan oksigen tidak sampai ke otak. Stroke ischemic yang paling biasa terjadi adalah : 1) Thombalic Stroke Ia berlaku apabila dar...