7 PUNCA JERAWAT MEMBIAK DI WAJAH DAN BADAN
Assalamualaikum dan selamat malam semua..... Malam ini sue nak share dengan hampa semua tentang 7 punca jerawat naik di wajah dan badan tuh..Mesti tertekan bila jerawat naik kat mmuka comel hampa kan.... sue pun cukup tension bila kulit wajah ni naik jerawat. Tambah-tambah di hari pertunangan dan perkahwinan hampa. Jom kito mencegah jerawat daripada di biarkan bersarang di kulit wajah. Sebelum kita share tips mencegah jerawat, jom tengok dahulu punca kenapa jerawat naik di wajah. 7 PUNCA JERAWAT NAIK : HORMON Pada usia remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Sebab itu ramai di kalangan perempuan pada usia remaja dan awal dewasa kerap mengalami masalah jerawat. L ama-kelamaan liang sebaceous akan menghasilkan sebum yang semakin berkurangan berbanding pada usia remaja. BAKTERIA Bakteria yang dikenali dengan nama Propionibacterium acnes pula adalah salah sa...