6 Masalah Kulit Yang Biasa Berlaku Dan Cara mengatasinya
6 Masalah Kulit Yang Biasa Berlaku Dan Cara mengatasinya Bayi selalunya akan ada masalah kulit seperti ruam, dan lain-lain. Ianya fasa normal bila bayi menghadapi gangguan masalah kulit namun ada sebahagiannya adalah petanda awal penyakit kulit tertentu. Entri hari nih saya nak kongsikan berkenaan jenis kulit yang di alami bayi selepas fasa kelahiran mereka. 6 JENIS MASALAH KULIT PADA BAYI Ini antara masalah kulit yang dihadapi bayi dan juga cara mengatasinya. 1) ALAHAN @ ALERGIK biasanya ia terjadi disebabkan imun tubuh bayi masih lagi rendah atau pun diwarisi secara genetik oleh ibu bapa mereka. Bayi yang alahan ini sangat sensitif terhadapa sentuhan, makanan, persekitaran, debu dan juga tindakbalas bahan tertentu. Ia boleh menyebabkan terjadinya ruam, tanda kemerahan, iritasi dan kegatalan pada kulit dan boleh mencetus ekzema yang kronik. Setiap bayi berbeza jenis alahanya jadi dapatkan nasihat dan rawatan dari doktor untuk memahami masalah alergik pada bayi. ...