Manfaat Air Kelapa Muda Kepada Ibu Hamil

KHASIAT KELAPA MUDA PADA IBU HAMIL


Biasanya para ibu bila masuk usia kandungan 7 bulan, ibu mula mencari air kepala muda. Minum kosong tanpa gula dan ais.

Mak sue cakap air kelapa banyak khasiatnya. Ia boleh menghilangkan racun dalam badan dan juga memberi tenaga serta hilangkan dahaga. Ia juga boleh hilangkan rasa mual di awal kehamilan.

Itu kata orang tua-tua. Hakikatnya betul ke tidak petua orang tua-tua ini? Jom kita tengok apa kandungan air kelapa yang baik untuk kita.

KANDUNGAN AIR KELAPA MUDA

Air kelapa kaya dengan mineral yang kita perlu. Ia merupakan minuman istonik buat ibu hamil.

Kandungan nutrisi dalam 1 biji kelapa:
  • Kalori : 46kal
  • Natrium : 252mg
  • Kalium : 600mg
  • Karbohidrat : 8.9g
  • Serat : 2.6g
  • Gula : 6.26g
  • Kalsium : 6%
Baca ini juga : Nutrisi untuk ibu hamil

MANFAAT AIR KELAPA MUDA KEPADA IBU HAMIL


1) PENYEDIAAN ELEKTROLIT PADA IBU

Kelapa muda kaya dengan elektrolit. Ia mempunyai elektrolit sama dengan tubuh kita. Oleh itu ia sangat bermanfaat untuk cegah dehidrasi dan boleh segarkan badan.

Kandung mineral dalam air kelapa juga membantu mencegah edema, cramp dan juga kelahiran bayi pramatang. 

2) MENCEGAH KENCING KOTOR

Bila kandungan 7 bulan ibu biasa akan minum air kelapa muda. Ia boleh mencegah terjadinya kencing kotor dengan membuang toksin-toksin yang dalam badan.

3) MENCEGAH TERJADINYA MASALAH PADA SISTEM PENCERNAAN

Disebabkan tumbesaran rahim ibu, organ semua tersepit dan ini adalah salah satu punca ibu sering alami masalah pencernaan atau sembelit.

Air kelapa membantu melancarkan proses pencernaan sekaligus dapat mencegah sembelit.

4) MENINGKATKAN KESIHATAN IBU

Air kepala ini membantu meningkatkan paras kolestrol baik dalam darah. Ia juga berperanan menyeimbangi pH dan menjaga suhu badan.

5) MEMBERSIHKAN RAHIM

Dikatakan meminum air kepala dari 7 bulan hingga bersalin membantu membersihkan rahim dan menjernihkan air ketuban. Namun tiada fakta kukuh menyokong manfaat ini.


Itu antara yang ciksue boleh kongsikan dengan ibu-ibu diluar sana. Air kelapa ini ciksue amalkan setelah masuk 7 bulan usia kandungan.

Memang buat badan lebih segar, dehidrasi memang tidak terasa sangat dan juga baik untuk tenaga.

Moga perkongsian ini memberi manfaat pada ibu-ibu yang masih lagi takut2 nak minum air kelapa muda. 

Namun berpadalah minumnya kerana bersederhana itu lebih baik dari berlebihan.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Makanan Yang Boleh Membantu Pesakit Tibi Lebih Sihat

Cara Untuk Kecutkan Bengkak Tonsil

Jenis-jenis Penyakit Tibi