Edema Ketika Hamil: Bahayakah?
"Doktor kaki saya sering bengkak dan terasa berat nak berjalan apabila saya duduk berdiri lama, bahayakah dan apa puncanya?"
Persoalan ini sering di tanya doktor oleh ibu hamil yang alami masalah edema atau di gelar kaki bengkak.
EDEMA PADA IBU HAMIL.
Edema ini terjadi apabila rahim membesar dan ia memberi tekanan pada saluran darah di pelvik. Ia menjejaskan penerimaan darah dari anggota badan bahagian bawah.
Ia kerana tekanan yang diterima menyebabkan peredaran darah menjadi perlahan dan kesannya darah terkumpul.
Keadaan ini juga memaksa badan mengeluarkan cecair dan terkumpul di bahagian tersebut dan menyebabkan bengkak berlaku.
Ibu hamil mempunyai banyak air yang membantu tumbesaran dan perkembangan bayi dalam rahim.Ia juga membantu persediaan sendi dan tisu pelviks untuk bersalin nanti.
Baca juga : 9 nutrisi penting ibu hamil
BILA EDEMA INI TERJADI?
Biasanya edema ini terjadi pada usia kandungan 5 atau 6 bulan malah ada yang terjadi pada usia 8 bulan.
FAKTOR-FAKTOR TERJADI EDEMA:
- Berdiri terlalu lama
- Cuaca yang terlalu panas
- Diet rendah kalium
- Diet yang tinggi garam
- Pengambilan kafien yang tinggi
Ini antara faktor terjadi edema pada ibu hamil. Ibu hamil memang akan terjadi bengkak sedikit semasa hamil, namun jika ia berlarutan dikhuatiri ibu sedang alami preklampsia. Jadi dapatkan pemeriksaan segera jika ada alami bengkak @ edema.
APA YANG PERLU DILAKUKAN APABILA TERJADINYA EDEMA?
Bengkak boleh dikurangkan dengan memakan makanan yang tinggi kalium seperti pisang dan tidak mengambil kafien langsung.
Ini ada sedikit petua atau tips untuk kurangkan edema semasa hamil :
- Kurangkan berdiri terlalu lama
- Kurangkan keluar ketika cuaca panas
- Pakai stokin yang sesuai
- Pakai kasut yang selesa elakkan pakai kasut tumit tinggi
- Elakkan memakai pakaian yang ketat terutama bahagian pergelangan kaki dan tangan
- Rehat dengan tinggikan kaki
- Berenang, bersenam atau berjalan selalu
- Minum air kosong dengan kerap
- Elakkan penggunaan garam dan perisa dalam makanan.
- Jika nak buat perjalanan panjang, kerapkan berhenti supaya boleh regangkan kaki.
Sumber : Amerika Pregnancy
Keadaan ini biasanya sementara sahaja. Ia seperti kesan sampingan semasa hamil. Tetapi jika berlarutan dapatkan rawat daripada hospital.
Sepanjang sue hamilkan adira sekali sahaja pernah edema itu pun sebab sue kerap minum kafien sebulan nak bersalin. Cuaca di rumah mak pula sangat panas waktu itu.
Tetapi sementara saja. Dah bersalin habis hilang yang mana dok rasa waktu hamil.
Alhamdulillah. So ibu-ibu yang alami edema ini boleh cuba beberapa tips di atas untuk kurangkan edema anda.
Moga bermanfaat sharing sue malam ini.
Ulasan
Catat Ulasan