Cara Menjaga Luka Bersalin Secara Pembedahan

BERDEBAR BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN?

"Puan, kita perlu jalani pembedahan. Puan tidak boleh bersalin normal kerana kandungan puan ada masalah"

Itulah kata-kata keramat doktor yang ibu-ibu tidak mahu dengar sesangatkan. Ibu kalau boleh ingin bersalin normal kerana penjagaan lebih mudah dan boleh beranak ramai..😆

Jangan risau para ibu. Sekarang teknologi sudah canggih. Apa yang penting adalah ibu dan bayi selamat. Ibu perlu bersedia mental dan fikizal sahaja untuk menghadapi pembedahan.

Bila bersalin secara pembedahan, penjagaan semasa berpantang juga sudah berbeza. Penjagaan yang lebih rapi diperlukan nanti.



Bagi ibu yang bersalin secara ceaser, mungkin boleh gunakan tips atau cara dibawah ini untuk proses penyembuhan luka secara luaran dan dalaman.

CARA PENJAGAAN LUKA BERSALIN SECARA
PEMBEDAHAN

1.MELAKUKAN PERGERAKAN AWAL

Banyak kajian mengatakan bahawa pergerakkan awal membantu dalam penyembuhan luka dan mencegah terjadinya darah beku.

Kita selalu berfikir yang pergerakan ibu menyebabkan benang keluar. Tidak, ia jarang berlaku melainkan anda bergerak dengan sangat kasar atau laju.

Minta bantu ahli keluarga untuk melakukan pergerakan sekiranya anda tidak yakin.

2. MAKAN MAKANAN YANG BERZAT SERTA SEIMBANG

Semasa melahirkan bayi, kita hilang banyak darah, protien, dan tenaga. Ia perlu digantikan dengan kadar segera untuk proses pemulihan.

Makan makanan yang kaya dengan protien macam ayam, ikan, daging dan bil juga sayuran serta buahan kerana ia kaya dengan mineral dan vitamin.

3. MINUM AIR KOSONG SECUKUPNYA

Ya minum air dengan cukup dan jangan risau akan luka menjadi bengkak kerana air mampu membuang toksin dalam badan melalui salur kencing.

Pengambilan air mengikut berat badan juga mampu memeriahkan susu badan ibu.

4. AMBIL MULTI VITAMIN

Pengambilan multivitamin yang ada zat besi perlu untuk penuhi nutrisi yang lompong dan meningkatkan hemoglobin darah kita. Ia juga membantu proses penyembuhan luka.

Boleh baca : Vitamin Untuk Ibu Bersalin Atau Berpantang Secara Ceaser Atau Normal

5. MAKAN PIL TAHAN SAKIT

Ini sekiranya perlu. Bila terasa sakit yang teramat tidak tahan boleh ambil pil tahan sakit. Ini untuk ibu lebih semangat menyusu anak tanpa stress kesakitan yang dialami.

6. MENYUSU BAYI SECARA EXCLUSIVE

Proses menyusukan bayi sangat bermanfaat untuk ibu. Ia membantu dalam proses penyembuhan dan mengeluarkan hormon oxytocin membantu mengecutkan rahim.

7. PASTIKAN LUKA KERING DAN BERSIH

Jahitan atau luka yang lembap menyebabkan kuman membiak dan boleh membuatkan luka terbuka malah lebih besar. Jadi pastikan luka kering dan bersih.

8. PAKAI BEKUNG YANG LEMBUT

Bersalin ceaser boleh memakai bekung akan tetapi bekung perlukan dibuat dari kain yang lembut dan bersih.

Boleh pakai selepas seminggu bersalin. Ia membantu mengurangkan sakit ketika bersin atau batuk.

9. ELAKKAN DALAM MENGAMBIL JAMU ATAU UBAT TRADISIONAL

Tidak semua ubat jamu atau tradisional ini baik untuk ibu bersalin. Ada sesetengah herba memberi kesan pada ibu iaitu rahim tidak mengecut dan mengalami pendarahan yang banyak.

Malah ada sesetengah produk ubat tradisional dicampur bahan kimia untuk memberi kesan yang cepat. Bahaya ia boleh merosakkan ginjal.

TANDA-TANDA AMARAN UNTUK IBU BERSALIN CEASER
  1. Demam yang tinggi
  2.  Berlaku tumpah darah yang banyak serta berketul.
  3. Luka bernanah
  4. Di tempat luka alami kemerahan
  5. Keluar air jenih tempat luka
  6. Luka terbuka atau berlubang.
Sekiranya anda alami masalah tanda di atas segeralah dapatkan rawatan dari doktor. Jangan berlengah tau. Badan nak pakai lama.


Jika anda sedang mencari set berpantang secara pembedahan atau normal boleh hubungi ciksue disini :

SUZANA IDRIS
PENGEDAR SHAKLEE PADANG SERAI
ID : 1115671
CONTACT : 012-4249148
FB : Ciksue
IG : ciksue_healthybeauty
@ klik saja link ini
www.wasap.my/60124249148

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Makanan Yang Boleh Membantu Pesakit Tibi Lebih Sihat

Cara Untuk Kecutkan Bengkak Tonsil

Jenis-jenis Penyakit Tibi