12 Sebab Mengapa Ibu Perlu Bersalin Secara Pembedahan


Assalamualaikum.

Ramai ibu-ibu yang hamil kalau boleh tidak mahu bersalin secara pembedahan kerana banyak buruknya jika tidak dijaga dengan betul.

Orang-orang tua pun kalau boleh tidak mahu anak mereka bersalin secara pembedahan. Normal lagi baik dan senang nak uruskan.

Tetapi bila benda diluar kemampuan kita maka kena terima apabila kita kena bersalin secara pembedahan. Ini untuk keselamatan bayi dan ibu juga biasanya bila doktor buat keputusan untuk bedah.

Jadi hari ini sue nak kongsikan 14 sebab kenapa ibu hamil bersalin secara pembedahan.

12 SEBAB KENAPA IBU HAMIL PERLU BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN.

PEMBEDAHAN EFEKTIF

1. Ceaser Ulangan.
Sebelum ini ibu pernah bersalin secara ceaser.

2. Jangkitan
Jangkitan seperti herpes atau HIV yang berkemungkinan akan menjangkiti bayi jika bersalin normal

3. Kedudukan Bayi
Bayi berada dalam posisi melintang atau songsang.

4. Preklampsia
Untuk ibu hamil yang ada preklampsia ini doktor tidak tunggu lama untuk delivery. Biasanya jika tahap preklampsia ibu itu tahap yang teruk.

5. Komplikasi penyakit
Jika ibu ada penyakit yang kronik seperti darah tinggi, jantung or diabetis. Ibu memang berisiko melahirkan baby secara normal.

6. Masalah plesenta previa
Posisi uri berada dibawah. Keadaan yang bahaya untuk bersalin secara normal

7. Kandungan kembar
Bila hamil kembar sangat berisiko untuk bersalin secara normal. Sebab itu sesetengah doktor mencadangkan bersalin secara pembedahan. Tetapi jika ibu sihat boleh bersalin normal.

PEMBEDAHAN KECEMASAN

1. Terbelit tali pusat
Jika masalah ini terjadi maka pembedahan akan segera dilakukan.

2. Proses bersalin terlalu panjang
Serviks ibu mengambil masa yang lama untuk buka.

3. Kedudukan uri
Kedudukan uri di bahagian bawah boleh menyebabkan pendarahan. Ia amat bahaya untuk ibu dan baby

4. Bayi lemas
Degupan jantung bayi lemah. Ini menunjukkan bayi tidak cukup oksigen dan perlu dikeluarkan segera.

5. Bantuan kelahiran gagal
Setelah menggunakan vakum dan lain-lain ia tetap gagal makan pembedahan akan dijalankan untuk keluarkan bayi.

Credit pada majalah Pa&Ma. 

Ini antara sebab bila seorang ibu untuk melahirkan bayi tidak boleh bersalin secara normal.

Ketahuilah sakit bersalin normal dan pembedahan ini adalah lain sama sekali. Penjagaan juga lain.

Jadi ibu-ibu sedutla ilmu seberapa banyak boleh dan bersedia untuk bersalin. Semasa bersalin bacalah surah yusof dan mariam supaya dipermudahkan segalanya.

Next entri saya akan kongsikan penjagaan ibu bersalin pembedahan dan normal.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Makanan Yang Boleh Membantu Pesakit Tibi Lebih Sihat

Cara Untuk Kecutkan Bengkak Tonsil

Jenis-jenis Penyakit Tibi