Punca Dan Cara Atasi Masalah Anemia Pada Kanak-Kanak
Saya ingatkan ibu hamil dan orang dewasa sahaja yang boleh alami penyakit anemia nih tetapi rupanya kanak-kanak juga boleh mengalaminya..allahurabbi..takut tau. Saya terpanggil nak berkongsi mengenai punca dan cara atasi anemia pada kanak-kanak apabila seorang kawan di facebook mengadu mengenai anaknya yang sering demam dan jatuh sakit. Doktor mengatakan bahawa anak beliau kekurangan zat besi. Y ANEMIA ADALAH PENYAKIT KURANG DARAH MERAH DAN MENYEBABKAN BERLAKU KURANG OKSIGEN DALAM DARAH. Kesan daripada kurangnya darah merah ini menyebabkan mereka akan rasa cepat letih, tidak bermaya. Ia akan berterusan sehingga remaja jika tidak di tangani dari awal. Ia juga boleh menjejaskan pertumbuhan dan tumbesaran mereka. Selain itu anak jadi tidak aktif dan hilang fokus. Ada situasi teruk lagi, ia boleh menyebabkan kerosakan organ dalaman termasukla kegagalan jantung dan strok. Simptom anemia sama sahaja dengan dewasa. Antara simptomnya: Lemah dan letih Kekura...