TIPS MEMILIH BISNES YANG MENGUNTUNGKAN
Bisnes apa yang menguntungkan pada anda? Macam mana nak pilih bisnes yang betul-betul tidak membebankan anda? Hari ini ciksue nak kongsikan beberapa tips yang boleh anda ikut untuk memulakan bisnes. Pertama sue nak beritahu, berbisnes bukan semudah yang anda sangkakan. Ia perlukan usaha, keazaman, tawakal dan tidak kenal erti putus asa. Perancangan dalam marketing juga perlu untuk membawa bisnes lebih maju dan berkembang. Okey, ini ada beberapa tips yang sue nak kongsikan adalah : 1) PILIH BISNES YANG MODALNYA RENDAH ATAU SEDERHANA Pemilihan bisnes perlu mengikut kemampuan. Kalau boleh tak perlu buat pinjaman untuk laburkan dalam bisnes yang belum pasti kita akan beroleh keuntungannya. Sue pilih bisnes shaklee kerana modal untuk keahlian dia rm100 pun tak sampai. Dalam kemampuan sue. Bestnya bisnes shaklee ini tidak perlu simpan stok jika kita tiada modal. Ia ala-ala dropship, ada oder masuk ja boleh klik oder online mahupun pergi saja beli di mana-mana branch. Takde s...