Makanan Yang Wajib Dicuba Bila Ke Rantau Panjang Kelantan
Cakap pasal makanan sue dah meleleh teringat kat makanan kesukaan sue di kampung, rantau panjang kelantan. Bila anda ke sana mesti cuba makanan orang sana. Ada pelbagai kuih-muih dan makanan yang payah nak dapat di tempat lain terutama di utara. Entri kali ini sue nak kongsikan makanan yang wajib anda cuba bila ke sana. Jom tengok apa makanannya. MAKANAN YANG WAJIB DICUBA BILA ANDA DATANG KE RANTAU PANJANG, KELANTAN. 1) MEE CELUP Mee nih kalau kat padang serai susah bebenor nak carinya. Sue mengidam nak makan masa hamil cari sampai perda tau. Mee celup nih tak sama dengan mee sup. Dia lain sikit rasanya dengan ada rempah, lada jeruknya. Sedap sangat aih.Alahai terliur pulok makyong dok menaip blog nih. Kedai mee celup nih banyak tapi yang biasa sue makan di jalan sekolah cina, kubang rambutan dan kampung dangar. 2) NASI KUNING (KHOUMOK) Yang nih pernah masuk jalan-jalan cari makan. Nasi kuning sedap lembut dan ayam beremlah dia yummy. Kedai dia d...