Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel set menyusu

Cara Atasi Ekzema Pada Bayi Yang Sedang Menyusu

Imej
Cara Atasi Ekzema Pada Bayi Yang Sedang Menyusu Anda tahukan ekzema adalah masalah kesihatan yang berkaitan dengan kesihatan kulit,  alahan atau radang kulit. Ekzema menyebabkan kulit menjadi gatal, kemerahan,  merengsakan kulit. Ia boleh jadi pada sesiapa saja termasukla bayi. Biasanya penghidap ekzema ini terdiri daripada mereka yang berumur 5 tahun ke bawah.  85% yang telah dikenal pasti.  Punca yang paling utama adalah keturunan atau genetik ahli keluarga itu sendiri.  Meh kita tengok jenis ekzema dulu sebelum saya kongsikan cara untuk atasi masalah kulit ekzema pada bayi yang menyusu.  JENIS-JENIS EKZEMA Atopik Dermatitis Dermatitis Sentuhan Neuro Dermatitis Nummular Dermatitis Ekzema Pada Tangan Statis Dermatitis Paling biasa kita lihat ekzema ini adalah atopik dermatitis.  Ia akan membuatkan pesakit alami kulit kering,  merah,  gatal, dan merekah.  Adakalanya akan keluar lelehan cecair bisa ata ber...

Petua Untuk Perbanyakkan Susu Ibu

Imej
5 PETUA UNTUK PERBANYAKKAN SUSU IBU Assalamualaikum semua. Terima kasih sudi singgah blog ciksue..😙 Sering kali orang mak-mak bertanyakan apa petua untuk perbanyakkan susu bila tengok sue menyusukan mek dira. Bagi mak-mak pertama kalinya menjadi ibu memang susah sikit sebab kita takde ilmu sangat dan takde pengalaman. Jadi untuk fully breastfeeding ini ilmu penting. Sue banyak membaca ilmu menyusu, ilmu hamil, ilmu berpantang dalam mr.google ja. Buku jarang sangat nak baca. Kalau tak tahu tanya orang yang lebih arif macam mak kita ka pakar menyusu ka. Join group facabook. Kat situh pun boleh tanya mak-mak yang berpengalaman. Sebenarnya sue tidaklah sepenuhnya bagi susu badan disebabkan masalah breast sue ini. Jadi terpaksa topup susu formula bila breast mula meradang. Jadi untuk perbanyakkan susu badan sue supaya mek dira boleh merasai susu uminya, sue ikut petua orang dulu-dulu. 5 PETUA PERBANYAKKAN SUE BADAN IBU . 1. KERAP MENYUSUKAN BABY Petua ini penting sa...

Milkbooster Kesukaan Saya

Imej
MILKBOOSTER KESUKAAN SAYA Hari ini saya nak ceritakan tentang sepanjang tempoh saya menyusukan adira adreena. Dalam tempoh hamil saya mempunyai masalah breast bengkak kedua-dua belah. Saya perasan susu badan pun tidak memancut pun bila saya picit. Sesetengah orang akan memancut walaupun ia tidak basah baju ka apa kan. Saya tidak memancut pun. Ternyata ia disebabkan radang breast membengkak akibat dari biji yang ada dalam breast saya. Saya buat checkup dan doktor tulis cyst mulanya. Kemudian setiap kali scan biji tak membesar sangat pun tetapi breast memang bengkak. Doktor suspek kanser pula. Saya perlu oprate untuk ambil sample nak sahkan sama ada kanser ke tak Tarikh oprate itu lepas 6 bulan saya bersalin mek dira. Ternyata lepas bersalin memang susu kurang ya amat sampai mek dira menangis teruk sekali sebab lapar. Masa nih memang menitik air mata tau. Kemudian dia demam pula dah la susu badan sikit sangat-sangat. Saya mula ambik set berpantang lengkap ...

Atasi Sembelit Ketika Berpantang

Imej
Sembelit semasa berpantang adalah masalah biasa yang sering dihadapi oleh kebanyakan kaum ibu yang baru melahirkan anak. Saya juga tak terkecuali mengalaminya.Sembelit semasa berpantang membuat kita serik untuk membuang malah ada juga yang fobia untuk bersalin lagi akibat dari pengalaman sembelit ketika berpantang. Ingat lagi masa saya lahirkan Adira Adreena pada bulan 3 yang lalu, saya mengalami sembelit yang teruk sehingga terpaksa bertapa didalam tandas lama semata-mata untuk membuang hajat yang besar tuh. Ada tuh sampai keluar najis bersama darah fresh dek kerana membuang secara paksaan dengan najis yang keras. Kemudian saya keputusan untuk tidak membuang..yelah mana takut masa tuh. Dahla pertama kali bersalin, secara normal pula tuh...jahitan banyak takut sangat terbuka. Dan keputusan itu membuat sembelit saya lebih parah..seriau bila ingat kembali memori itu..😣😣 Bila dah lama tak membuang perut pun tak selesa. Makan kerap tapi tak membuang. Perut pun rasa penuh...