Petua Untuk Perbanyakkan Susu Ibu

5 PETUA UNTUK PERBANYAKKAN SUSU IBU

Assalamualaikum semua. Terima kasih sudi singgah blog ciksue..😙


Sering kali orang mak-mak bertanyakan apa petua untuk perbanyakkan susu bila tengok sue menyusukan mek dira.

Bagi mak-mak pertama kalinya menjadi ibu memang susah sikit sebab kita takde ilmu sangat dan takde pengalaman. Jadi untuk fully breastfeeding ini ilmu penting.

Sue banyak membaca ilmu menyusu, ilmu hamil, ilmu berpantang dalam mr.google ja. Buku jarang sangat nak baca.

Kalau tak tahu tanya orang yang lebih arif macam mak kita ka pakar menyusu ka. Join group facabook. Kat situh pun boleh tanya mak-mak yang berpengalaman.

Sebenarnya sue tidaklah sepenuhnya bagi susu badan disebabkan masalah breast sue ini. Jadi terpaksa topup susu formula bila breast mula meradang.

Jadi untuk perbanyakkan susu badan sue supaya mek dira boleh merasai susu uminya, sue ikut petua orang dulu-dulu.

5 PETUA PERBANYAKKAN SUE BADAN IBU.

1. KERAP MENYUSUKAN BABY

Petua ini penting sangat sebab ia merupakan konsep menyusu iaitu demand dan supply. Semakin kerap bayi menyusu semakin banyak susu terhasil. Jadi kena galakkan bby menyusu 2@3 jam sekali. Kalau ibu berkerja pam mengikut masa.
Ia boleh merangsang hormon prolaktin untuk menghasilkan susu yang meriah.

2.PEMAKANAN YANG SEIMBANG

Orang tua-tua dulu masa pantang dia makan makanan yang cukup zat semua. Makan ulaman dan air yang panas2 ja. Macam mak sue dia sediakan makanan cukup zat masa dalam pantang. Cukup protien, serat dan kalsium.

3.MAKANAN HERBA

Makanan herba nih sue cuba masa susu drop teramat. Cari kat google makanan apa yg boleh meriahkan susu. Dapatla halba. Susu halba nih sebab masuk dalam kari ikan dan kuih muih dia bau wangi.

Cuba buat seminggu memang meriah tapi baunya melekat badan. Pergh... sampai suami cakap bau herba dah bau badan bini dia..hihi



4.MINUM AIR IKUT KEPERLUAN

bab minum air nih memang sungguh. Kena cukup minum air bukan sahaja nak meriahkan susu tetapi untuk keperluan badan kita sendiri. Tak cukup air boleh jadi dehidrasi pulak.

Paling penting kita perlu minum air kosong. Minimum sehari 2-3 liter. Lebih lagi baik. Boleh juga selang selikan dengan minum air jus, soya or susu. Soya bagus untuk meriahkan susu. Ini kerana kandungan protien membuatkan penghasilan susu yg banyak.



5.POSISI YANG BETUL SEMASA MENYUSU

Posisi yang betul ini membuatkan ibu dan bayi selesa. Ia juga mampu membuatkan baby menghisap dengan betul.

Paling utama tekapan mulut baby pada breast ibu perlu betul. Ini ibu boleh mendapatkan nasihat doktor @ nurse.
Boleh tengok disini : Posisi ibu menyusu bayi

-------------@@@@-----------

Ini 5 petua yang sue pernah lakukan sebelum sue mengambil supplemen milkbooster. Ini kerana herba si suami bising lak bau melekat kat badan
 Sue sendiri pun tak selesa. Kemudian makan yg protien banyak susah betul nak dapatkan + boring dah..hihi.

Jadi sue jadi alternatif lain yang lebih mudah untuk dapatkan protien dan kalsium mengikut keperluan ibu menyusu.
So sue ambillah set menyusu ini. Nak tahu ada dia boleh klik di sini : Set menyusu/ set milkbooster

Terima kasih kerana singgah di blog sue.

Boleh follow sue kat ig @ciksue_healthybeauty
Fb : Suzana Idris
Whatsapp : 012.4249148 @ www.wasap.my/60124249148

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Makanan Yang Boleh Membantu Pesakit Tibi Lebih Sihat

Jenis-jenis Penyakit Tibi

Cara Untuk Kecutkan Bengkak Tonsil