ULSER MULUT : 9 TIPS RAWATAN ULSER MULUT YANG BERKESAN
ULSER MULUT : 9 TIPS RAWATAN ULSER MULUT YANG BERKESAN "Dah bertahun masalah ulser mulut nih. Nak makan susah, gosok gigi pun sakit,.. macam mana nak atasi masalah ini...stress" Inilah yang sering sue dengar bil ulser mulut menyerang abangku. Memang setiap bulan boleh kata jadi ulser mulut. Kenapa terjadi? Meh kita tengok apa sebabnya. PENYEBAB TERJADINYA ULSER MULUT Terdapat pelbagai punca terjadinya ulser mulut. Jangkitan kuman adalah salah satu punca yang sering dikaitkan dengan ulser mulut. Namun hakikatnya tiada kaitan dengan jangkitan kuman. Penyebab terjadinya ulser mulut ialah: Kecederaan tisu seperti tergigit atau cedera semasa gosok gigi. Penggunaan gigi palsu atau braces. Penyakit sistem imun seperti systemic lupus erythematosus & rheumatois arthiritis Kekurang zat dalam badan seperti zat besi, vitamin B12, asid folik dan zat besi. Penyakit saluran penghadaman seperti celiac disease. JENIS-JENIS ULSER MULUT Ulser mulut terbahagi ke...