Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel 9 TIPS NAK CEGAH KENCING KOTOR

Kencing Manis Ketika Hamil

Imej
KENCING MANIS KETIKA HAMIL  APAKAH DIET YANG SESUAI UNTUK ANDA? Adakah anda mengalami kencing manis ketika hamil? Tentu hairan kenapa terjadinya kencing manis sedangkan sebelum hamil, anda tiada masalah pun. Tahukan anda keadaan ini dipanggil "gastational diabetes" Kebiasaan terjadi disebabkan paras glukos (gula) melebihi paras normal. Keadaan jangka pendek ini berlaku semasa hamil sahaja dan ia akan kembali normal apabila bersalin. PERUBAHAN METABOLISME DALAM BADAN MEMBUATKAN KEHADIRAN KENCING MANIS Pankreas kita menghasilkan hormon dipanggil insulin. Tugasnya ialah membantu gula dalam darah masuk ke dalam sel untuk digunakan atau disimpan. Bila wanita hamil, plasenta akan menghasilkan hormon yang dapat membantu untuk tumbesaran seseorang bayi. Hormon tersebut menyebabkan sel ibu menjadi kalis terhadap insulin dan disebabkan itu pankreas tadi bekerja lebih keras untuk hasilkan lebih banyak insulin untuk atasi masalah sel yang kalia insulin. ...

BAHAYA KENCING KOTOR BAGI WANITA HAMIL

Imej
PUNCA BERLAKUNYA KENCING KOTOR Assalamualaikum semua...lama sue tak update blog kan.... bersarang dah blog pun..... Kini sue nak update pasal kencing kotor yang sue yg hamil ini sedang alaminya.. Doktor sahkan air kencing sue ada kuman E-coli...bahaya tak untuk ibu hamil??? Ya, memang bahaya sangat ia boleh menyebabkan berlakunya komplisi dan menjejaskan bayi yang dikandung... Ini adasedikit research yg sue buat dan sue nak kongsikan sedikit dengan anda semua... Punca berlakunya kencing kotor adalah kuman berasal dari dubur faraj. Kuman tersebut bergerak menuju ke pundi kencing lalu menyebabkan jangkitan. Paling lazim penyebab dikalangan wanita adalah sebab tabiat mengelap miss v dari belakang ke depan selepas membuang air. Perbuatan tersebut menggalakkan bakteria dari dubur faraj masuk ke utera. Hubungan sex juga salah satu faktor yang boleh menyumbang kepada masalah kencing kotor kerana kawasan kemaluan wanita disentuh dengan tangan atau zakar yang kotor. TANDA IBU ...