BAHAYA KENCING KOTOR BAGI WANITA HAMIL

PUNCA BERLAKUNYA KENCING KOTOR

Assalamualaikum semua...lama sue tak update blog kan.... bersarang dah blog pun..... Kini sue nak update pasal kencing kotor yang sue yg hamil ini sedang alaminya.. Doktor sahkan air kencing sue ada kuman E-coli...bahaya tak untuk ibu hamil??? Ya, memang bahaya sangat ia boleh menyebabkan berlakunya komplisi dan menjejaskan bayi yang dikandung... Ini adasedikit research yg sue buat dan sue nak kongsikan sedikit dengan anda semua...


Image result for cegah kencing KOTOR ketika hamil

Punca berlakunya kencing kotor adalah kuman berasal dari dubur faraj. Kuman tersebut bergerak menuju ke pundi kencing lalu menyebabkan jangkitan. Paling lazim penyebab dikalangan wanita adalah sebab tabiat mengelap miss v dari belakang ke depan selepas membuang air. Perbuatan tersebut menggalakkan bakteria dari dubur faraj masuk ke utera.

Hubungan sex juga salah satu faktor yang boleh menyumbang kepada masalah kencing kotor kerana kawasan kemaluan wanita disentuh dengan tangan atau zakar yang kotor.

TANDA IBU HAMIL ALAMI KENCING KOTOR 

Ini antara tanda yang sue rasa dan alaminya sebelum disahkan air kencing ada kuman ? kencing kotor..

RASA KENCING YANG TIDAK PUAS 

  • Ini kerana pundi kencing kita sedang sensitif/berlaku keradangan. Walaupun air kencing terkumpul sedikit di pundi kencing, tetapi ia akan rasa penuh dan akan merangsang otak utk kencing semula
DEMAM DAN BADAN TIDAK SELESA
  • Demam ini bukan demam panas tetapi seperti demam urat, seram sejuk dan suhu sekejap naik sekejap turun
RASA TIDAK SELESA BAHAGIAN ABDOMER KETIKA HAVING SEX 
  • Jika terasa begini dapatkn nasihat doktor kerana itu tandanya kuman telah merebak ke bahagian pelvik
SAKIT PINGGANG TERAMAT
  • Setiap kali bangun dan duduk bahagian terasa perit dan sakit. Walaupun baring sepanjang hari pun ia tidak lega.

MENGAPA IBU HAMIL SERING KENA KENCING KOTOR

  1. Ini kerana wanita mempunyai urethra yg pendek dan dekt dengan dubur faraj. ( Uretra adalah saluran yg membawa air kencing keluar). Ia juga disebabkan perubahan hormon wanita.
  2. Rahim ibu membesar dan menekan salur kencing dan menyebabkan pergerakan air kencing bertambah tersekat.
  3. Otot pundi kencing lemah dan tidak dapat keluarkan air kencing sepenuhnya, ia membuat kuman mudah membiak.

Awas!!!! Jika ia tak dirawat ia boleh menyebabkan berlakunya komplikasi pada buah pinggang dan juga kuman boleh merebak ke seluruh salur darah, boleh bawa kematian. 

Bayi yang dikandung juga akan terima kesan buruk jika ibu hamil alami komplikasi tersebut.

Dapatkan rawatan doktor segera jika alami tanda2 seperti berikut tau...
--------------------------------------------------------------------------------

Cukup disini dulu sue kongsikan dengan korang semua... 

Blog akan datang sue akan kongsikan bagaiman untuk mencegah ibu hamil dari terkena kencing kotor yg sangat2 bahaya nih...

Berkongsi tentang pengaman sue sendiri dan sedikit research dari blog doktor-doktor yg sue baca, sedikit penjelasan dari doktor yg rawat sue..

semoga perkongsian ini berguna buat korang semua...

FEEL FREE TO SHARE..(^_^)

Boleh like page kami di fb : Geng Wanita Anggun
Boleh like page sue di fb : Suevita.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Makanan Yang Boleh Membantu Pesakit Tibi Lebih Sihat

Jenis-jenis Penyakit Tibi

Cara Untuk Kecutkan Bengkak Tonsil