MAKANAN YANG MENYEBABKAN KEGUGURAN

Assalamualaikum dan selamat petang....

Hari nih banyak kawan2 dok sembang pasal planing nak boleh anak dan juga family planing....
Ada juga yang bincang tentang makan yang bahaya untuk ibu hamil di awal kehamilan..

So petang nih sue nak kongsi sedikit sebanyak makanan yang boleh menyebabkan ibu di awal kehamilan keguguran jika makan makanan tersebut... Jika rahim anda cukup kuat it ok untuk makan tetapi better hindari,jangan ambik risiko...

Jom tengok apa yang makan yang cukup sensitif dgn ibu hamil nih...


MAKANAN PENYEBAB KEGUGURAN DI AWAL KEHAMILAN 

NANAS

Nanas adalah salah satu buah yang patut dihindari oleh ibu yang di awal kehamilan, ini kerana nanas mempunyai enzin bromealin yang boleh menyebabkan keguguran. Di awal kehamilan ini, ibu hamil cukup sensitif dgn makanan yang tajam terutama nanas muda.

PAPAYA MUDA 

Papaya muda / betik muda ini mempunyai getah cukup banyak dan ia boleh membahayakan janin dalam rahim ibu. Untuk memakannya ibu hamil perlu rendamkan dengan air garam bagi semua getah keluar dari buahnya tetapi di nasihati sebaiknya tunggu sehingga waktu kehamilan masuk trimester ke 2/3.

DURIAN 

Buah durian ini sangat2 bahaya bagi ibu hamil ini kerana ia makanan mempunyai asam arachidonat dan alkohol yang tinggi. Perasan tak bila makan durian badan menjadi panas, keadaan ini sangat tidak elok utk ibu hamil. Asam arachidonat ini juga boleh menyebabkan berlakunya komplikasi pada rahim dan alkohol blh menyebabkan kelahiran pra matang / keguguran.

BUAH DELIMA

Isi dan bijinya sangat tidak elok untuk ibu di awal kehamilan ini kerana ia boleh beri kontraksi pada rahim dan boleh menyebabkan keguguran. Ini terbukti oelh fakulti kedoktoran universiti harvard selepas membuat penelitiannya.

AIR KELAPA MUDA 

Air kelapa muda ini boleh untuk minumnya ketika awal kehamilan tetapi tidak boleh minum berlebihan kerana ia boleh mengundang bahaya pada janin akan tetapi minumnya disaat kehamilan matang sangat2 digalakkan. Ini kerana bila melahirkan baby nanti kulitnya akan jadi lebih bersih dan mudah untuk bersalin.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Itu diantara yang kami bincangkan tadi.... Diharap perkongsian tentang makanan yang menyebabkan ibu hamil keguguran ini boleh memberi manfaat pada korang semua...

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

NAK DAPATKAN SUPPLIMENT UNTUK IBU HAMIL BOLEH HUBUNGI SUE :


SHAKLEE BUKIT MINYAK & SIIMPANG AMPAT PENANG
SID SHAKLEE : 1115671
IG : CIKSUESHAKLEE
FB : Cik sue
FB PAGE : Suevita.com
SMS/W.APP : 012-4249148

**FEEL FREE TO SHARE **














Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Makanan Yang Boleh Membantu Pesakit Tibi Lebih Sihat

Jenis-jenis Penyakit Tibi

Cara Untuk Kecutkan Bengkak Tonsil