Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel buasir

Cara Atasi Buasir Ketika Hamil

Imej
BUASIR KETIKA HAMIL : CARA ATASINYA "Doktor,  saya sembelit dan alami buasir.  Apa perlu saya buat? Saya hamil 5 bulan sekarang ini. " Sering kali kita dengar ibu hamil alami sembelit kronik sehingga mendapat penyakit buasir. Ngeri bila di fikirkan ibu hamil ada buasir kerana wanita biasa yang kena buasir pun sangat tidak selesa,  sakit dan pedih. BUASIR?  Buasir ini terjadi apabila saluran vena atau dinding mukosa membengkak.  Vena ini akan membonjol keluar dengan menyebabkan ketidakselesaan serta kesakitan ketika membuang. Malah lebih parah ia menyebabkan pendarahan. MENGAPA IBU HAMIL SERING MENGALAMI SEMBELIT ATAU BUASIR?  Ketika hamil, jumlah dalam badan bertambah dan peningkatan hormon progestron yang tinggi mengendurkan dinding saluran darah. Salur darah dibahagian uterus juga berkemungkinan merenggang dan membengkak akibat tekanan yang diterima daripada berat bayi sedang membesar. Ini sebabnya wanita hamil berisiko mengalami...

9 TIPS RAWATAN DAN PENCEGAHAN BUASIR

Imej
BUASIR Perit tengok orang derita buasir ini.  Yelah masuk tandas berkali-kali tapi tetap tak selesa malah susah untuk ke mana-mana bila sakitnya menyerang.  Jika di biar sakit buasir ini ia akan bawa bahaya pada kesihatan kita.  APA ITU BUASIR?   Buasir @ hemeroid ini terjadi apabila saluran vena di kawasan anu membengkak.  Vena ini membonjol keluar menyebabkan ketidakselesaan, kesakitan, gatal dan berdarah.  Jika tidak dirawat ia boleh dijangkiti kuman dan sakitnya melarat. JENIS-JENIS BUASIR Buasir ini sendiri terdiri daripada 2 jenis iaitu : BUASIR DALAMAN Buasir jenis ini tidak memberi kesakitan dan kegatalan kerana ia berada jauh di dalam spektrum.  Akan tetapi ia menyebabkan gangguan ketika membuang malah boleh mengakibatkan pendarahan.  Jika ini berlaku dapatkan rawatan segera.  BUASIR LUARAN Buasir luaran ini sering kita dengar terjadi dikalangan lelaki,  wanita dan juga ibu hamil se...