10 Cara Kawal Tekanan Darah Tinggi Tanpa Ubat
Tahukah anda penyakit darah tinggi ini boleh dikawal tanpa makan ubat. Ini kerana penyakit ini berpunca daripada gaya hidup yang kurang sihat. Jika tak dikawal cara hidup, ia boleh bawa masalah jantung, stroke, kerosakan buah pinggang dan boleh bawa maut. Ramai orang disekeliling saya ini mempunyai penyakit tekanan darah tinggi dan juga diabetis. Saya nak kongsi sedikit cerita berkenaan seseorang yg saya kenal hidapi penyakit ini. KISAH PERTAMA --------------- Seorang ayah dari dari kawan rapat saya mempunyai penyakit darah tinggi dan juga diabetis. Dia bekerja sebagai driver lori. Satu hari dia keluar untuk isi barang nak di hantar ke thailand. Dalam dok isi barang ke dalam lori dia terkena stroke akibat dari tekanan darahnya naik mendadak. Nasib sempat di bawa ke hospital dan sekarang sedang merawat stroke sebelah tubuhnya untuk sembuh. KISAH KEDUA ------------- Seorang kakak yang saya kenal tapi tidak beberapa rapat. Ia berumur dalam 30-an dan mempunyai seorang an...