Tanda Slip Disc, Punca Dan Rawatannya
Baru-baru ini suami ciksue mula sakit belakang. Ciksue risau kot dia kena slip disc ini sebab dia sakit ya amat. Checkup dengan doktor Ternyata hanya tilam yang tidak sesuai..alhamdulillah. Anda yang ada masalah sakit belakang, sakit yang sampai nak duduk, nak bangun pun rasa sakit. Baring duduk pun serba tak kena..sakit ya at..segera la checkup dan terima rawatan sebab slip disc ini penyakit teramat sakit. Slip disc ini istilah perubatan yang digunakan oleh pakar perubatan berkenaan penyakit tulang belakang. Secara ringkasnya slip disc ini adalah tulang belakang terbonjol atau gelongsor keluar sehingga menekan urat saraf tunjang. Selain slip disc in ijuga dipanggil herniated disc, ruptured disc atau PID. SAKIT BELAKANG TANDA UTAMA SLIP DISC Pernahkah anda mengalami sakit belakang yang teramat sakit? Kajian menyatakan bahawa 80% orang dewasa pernah mengalami sakit belakang, skurangnya sekali seumur hidup. Kebanyakkannya disebabkan oleh aktivi harian dilakukan dengan cara yan...