6 Tips Memilih Minyak Ikan Terbaik


Minyak ikan ini sangat popular di kalangan mak-mak dan juga warga emas. Yelah kanak-kanak yang makan minyak ikan ini akan boost imun mereka dan juga tingkatkan daya ingatan.

Ada macam-macam jenis, dari yang cecair hingga ke softgel. Ada yang mudah makan dan mudah dijaga. Ada susah nak amalkannya.

Kali ini saya nak kongsikan bagaimana untuk memilih minyak ikan yang terbaik dan berkualiti di pasaran.

6 TIPS MEMILIH MINYAK IKAN YANG TERBAIK DAN BERKUALITI

TIPS 1 : KETULENAN

Ketulenan di sini membawa maksud minyak ikan yang anda belikan mesti bebas dari logam berat seperti merkuri, arsenik, furan dan lain-lain. Logam berat ini boleh memudaratkan kesihatan jika diambil secara berterusan.

Keadah untuk membuang logam berat ini ada kaedah penyulingan molekul yang berteknologi tinggi. Kaedah ini boleh kata dapat membuang hampir keseluruhan bendasing dan juga meningkatkan ketulenan minyak ikan.

Tahukah anda, sebuah kumpulan alam sekitar antarabangsa telah mendakwa beberapa pengeluaran minyak ikan kerana mempunyai banyak PCB dalam produk mereka. Ini termasuk :

  • GNC Liquid Norwegian Cod Liver Oil
  • Nature Made Cod Liver Oil
  • Nature Made Odorless Fish Oil
  • Now Foods Double Strength Cod Liver Oil
  • Now Foods Shark Liver Oil
  • Solgar 100% Pure Norwegian Shark Liver Oil


Antara supplemen minyak ikan yang mempunyai bahan pencemar industri

TIPS 2 : PILIH PRODUK YANG TELAH DIUJI OLEH PIHAK KETIGA

Terdapat sebuah organisasi antarabangsa International Fish Oil
yang merupakan organisasi ujian pihak ketiga. Mereka menguji dan menerbitkan analisis terperinci keputusan di lam8an web mereka untuk rujukan orang ramai. Jadi anda boleh mencari dan memilih produk minyak ikan yang tersenarai dalam laman web ini dengan senang hati.

TIPS 3 : PILIH MINYAK IKAN YANG MEMPUNYAI GRED FARMASUTIKAL YANG TINGGI

Untuk menghasil kan minyak ikan dengan gred farmasutikal tertinggi, produk minyak ikan mestilah melalui proses penyulingan yang berulang kali. Ini akan membuatkan minyak ikan itu lebih kuat, tulen dan mahal.

TIPS 4: PILIH MINYAK IKAN YANG KURANG BAU HANYIR

Bau dan rasa hanyir yang minimum memudahkan anda telan atau kanak-kank mengambilnya. Anak sue suka tau minyak ikan. Salah satu feveret dia.

TIPS 5: PILIH MINYAK IKAN YANG DIPERBUAT DARIPADA IKAN KECIL

Kebanyakan minyak ikan dipasarkan diperbuat daripada ikan yang besar seperti ikan Cod or Shark.

Tahukah anda semakin besar ikan itu semakin tinggi risiko mereka mempunyai bahan logam berat serta toksin.


Jerung Adalah haiwan pemangsa setiap kali ia makan ikan lain maka paras merkuri dalam hati ia makin tinggi.

Minyak kod adalah jauh lebih baik daripada ikan yu, tetapi ia juga termasuk dalam golongan ikan yang besar maka ia berisiko tinggi mempunyai kadar merkuri yang tinggi dalam hati.

Sangat berbeza dengan ikan yang kecil saiznya seperti ikan bilis, sardin, kembung dan lain-lain. Ini kerana mereka hidup hanya sekejap dan peluang toksin menyerap adalah sikit atau rendah.

TIPS 6: PILIH MINYAK IKAN YANG KANDUNGAN OMEGA 3 TINGGI

Sebelum membeli digalakkan tengok pada label botol untuk ketahui kandungan omega 3. Kandungan per kapsul Adalah 1000mg, namun omega 3 ada dalam tuh hanya 15% daripada keseluruhan minyak ikan. Kenapa dan apa maknanya?

Ini bermaksud setiap kapsul itu 85% adlaah lemak ikan sahaja. 1000mv × 15%, omega 3 dalam setiap kapsul hanya 150mg sahaja. Yang paling tinggi saya tengok adalah jenama Kordel iaitu 200mg asid lemak omega 3 bg setiap 1000mv minyak ikan. Jom lihat perbandingan di bawah :


Ini perbandingan berapa banyak jumpa omega 3 dalam setiap kapsul minyak ikan yang ada di pasaran termasuk Shaklee.

Antara banyak-banyak brand di pasaran hanya shaklee yang paling banyak asid lemak omega 3. 

OMEGA GUARD SHAKLEE PILIHAN SAYA

Ia telah menjadi teman setia saya dalam masa hamilkan adira lagi sampai sekarang menyusukan dia.

Alhamdulillah pilihan saya tepat untuk kekal sihat, ceega, kurus dan untuk berikan keperluan asid lemak omega 3 untuk adira kesayangan.

Saya kongsikan sedikit sebanyak tentang kelebihan Omega Guard Shaklee ini:

PENYULINGAN BERPERINGKAT UNTUK MEMASTIKAN KUALITI & KESELAMATAN MINYAK

Omega Guard ini melalui proses penyulingan proprietari 3 molekul berperingkat yang mana membantu memekatkan asid lemak omega 3 yang bermanfaat di bawah suhu rendah yang terkawal. Proses ini tumpukan pada penghasilan asid lemak omega 3 yang asli dan :

* Membuang plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, PCB dan lain-lain.
* Mengurangkan oksidasi dan pembentukan lemak trans
* Mengurangkan bau dan rasa hanyir ikan

KANDUNGAN OMEGA 3 YANG LENGKAP

Bagi setiap 1 biji softgel Omega Guard menyediakan asid lemak omega 3 yang tinggi. Ia lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 termasuk Dha, Epa & Ala.

MENGGUNAKAN IKAN KECIL YANG LEBIH SELAMAT.

Omega Guard menggunakan ramuan daripada ikan kecil seperti ikan sardin, kembung, herring dan ikan bilis. Ia membuatkan risiko mempunyai bahan logam berat adalah rendah.

KANDUNGAN EPA DAN DHA YANG TINGGI

Mengikut kajian yang dibuat, Omega Guard shaklee mengandungi Omega 3 yang lebih tinggi berbanding jenama lain di pasaran.

546mg EPA sangat memberi manfaat untuk kesihatam kita.

360mg DHA. Penting untuk perkembangan minda dan juga fungsi tubuh.

Omega guard mempunyai 90% khasiat omega 3 & iyanya dos yang disyorkan.


Kandungan epa, dha dan omega 3 yang lain paling banyak dari brand lain


KETULENAN DAN GRED FARMASI

Omega Guard shaklee diberi jaminan dan gred farmasi tinggi. Dijamin akan ketulenan minyak ikan.

Gred farmasi adalah bentuk ketulenan minyak ikan yang paling tinggi di mana ia mengandungi aisd lemak omega 3 yang tinggi termasuk dha dan epa.

Ultratulen dan gred farmaseutikal

MEMPUNYAI BAU HANYIR YANG MINIMUM

Omega guard shaklee ini mempunyai bau yang sangat minimum. Walaupun anda sendawa lepas telannya bau hanyir tu takdak. Anak sue suka sangat makan omega nih. Dia kunyah macam tu ja. Kapsul omega nih bila kena air dia akan larut.
So mudah 


Disebabkan ini lah saya memilih minyak ikan dari shaklee dan bukan brand lain.

--------------------------------------------------------------

Saya yakin dengan ketulenan dan bebas dari logam berat.

Anda bagaimana? Apa pilihan anda setelah tahu 5 tips untuk pilih minyak ikan terbaik ini?

Semoga perkongsian dari saya ini bermanfaat untuk anda yang sedang mencari minyak ikan terbaik untuk diri sendiri or keluarga or anak-anak anda.

Jika berminat dengan omega guard shaklee boleh hubungi saya untuk consultan dan juga info lanjut mengenainya.

Saya suzana idris pengedar shaklee yang aktif untuk anda. Hubungi saya melalui ini :

Facebook : Cik Sue
Whatsap : 012-4249148
www.wasap.my/60124249148

Buat cod area sungai petani dan padang serai, kedah.

Pos keseluruh malaysia sabah dan sarawak

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Makanan Yang Boleh Membantu Pesakit Tibi Lebih Sihat

Jenis-jenis Penyakit Tibi

Cara Untuk Kecutkan Bengkak Tonsil