Cara Untuk Kecutkan Bengkak Tonsil
Baru-baru ini saya di datangi seorang ayah yang anaknya sering sakit atau demam. Dia letih penat dam kesian pada anaknya yang sering cuti sekolah akibat sering jatuh sakit akobat tonsil sering bengkak atau meradang. Hari ini saya nak kongsikan sekali cara surutkan bengkak tonsil dan juga sedikit info tentang tonsil. Tonsil ini merupakan masalah paling biasa terjadi dikalangan kita. Ianya normal tetapi kekadang ia boleh bawa risiko yang lebih serius jika tak di atasi dengan baik. Tonsil ini boleh jadi pada sesiapa saja termasuklah dewasa dan biasanya ia terjadi pada kanak-kanak yang sedang membesar. APA ITU TONSIL? Tonsil ini terdiri daripada sekumpulan kalenjar atau tisu limpoid yang berperanan membantu sistem pertahanan badam untuk melawan segala penyakit dan ia terletak di bahagian rongga mulut. Fungsinya untuk menapis serta memerangkap aebarang jenis bakteria atau virus yang masuk ke dalam rongga mulut melalui aktiviti pernafasan@pemakanan. Ada 3 jen...