Cara Meningkatkan Kesuburan Wanita dan Lelaki
Kesuburan sangat penting untuk kehidupan kita sebagai manusia. Yelah bila berkahwin tentunya mahukan zuriat penyambung legasi kita sekeluarga dan juga penyeri serta pengikat kasih sayang keluarga. Apakah yang perlu suami isteri lakukan untuk mendapatkan cahaya mata? Bagaimana mereka mahu meningkatkan kesuburan masing-masing untuk mendapatkan zuriat? Bagi seorang wanita yang subur, ia menghasilkan telur yang mempunyai jangka hayat yang panjang. Lelaki pula mempunyai sperma yang banyak dan pantas untuk mensenyawakan telur wanita. Untuk membuatkan telur dan sperma ini panjang jangka hayatnya. Banyak faktor yang pasang perlu ambil tahu antaranya gaya hidup, tekanan, pemakanan dan lain-lain. Pernah dengarkan doktor cakap persediaan untuk hamil perlulah 3 bulan sebelum. Kenapa doktor cakap demikian? Ini kerana ia mengambil masa 3 bulan untuk mematangkan ovum dan memperbanyakkan sperma. Persediaan 3 bulan ini tentulah termasuk faktor-faktor tadi. Diet, gaya hidup, pengawalan te...