Cara Meningkatkan Kesuburan Wanita dan Lelaki

Kesuburan sangat penting untuk kehidupan kita sebagai manusia. Yelah bila berkahwin tentunya mahukan zuriat penyambung legasi kita sekeluarga dan juga penyeri serta pengikat kasih sayang keluarga.

Apakah yang perlu suami isteri lakukan untuk mendapatkan cahaya mata? Bagaimana mereka mahu meningkatkan kesuburan masing-masing untuk mendapatkan zuriat?


Bagi seorang wanita yang subur, ia menghasilkan telur yang mempunyai jangka hayat yang panjang. Lelaki pula mempunyai sperma yang banyak dan pantas untuk mensenyawakan telur wanita.

Untuk membuatkan telur dan sperma ini panjang jangka hayatnya. Banyak faktor yang pasang perlu ambil tahu antaranya gaya hidup, tekanan, pemakanan dan lain-lain.

Pernah dengarkan doktor cakap persediaan untuk hamil perlulah 3 bulan sebelum. Kenapa doktor cakap demikian?

Ini kerana ia mengambil masa 3 bulan untuk mematangkan ovum dan memperbanyakkan sperma.

Persediaan 3 bulan ini tentulah termasuk faktor-faktor tadi. Diet, gaya hidup, pengawalan tekanan, detox dan pemakanan.

Jom baca tips di bawah :

DIET

Tingkatkan kesuburan dengan mengambil nutrien yang cukup untuk keperluan badan kita. Makanan yang cukup karbohidrat, asid lemak, serat, protien dan air kosong yang cukup.

KURANGKAN LEMAK TEPU

Lemak tepu ini tidak bagus di ambil dengan kerap kerana ia boleh mengganggu hormon estrogen. Ia juga boleh menghalang penyerapan asid lemak yang baik.

Elakkan makan makanan yang diproses seperti sosej, daging burger, tepung dll

TINGKATKAN PENGAMBILAN ASID LEMAK OMEGA 3

Omega 3 ini membantu dalam keseimbangan hormon, anti radang, perkembangan otak, mata dan sistem saraf bayi nanti.

Ambil makanan yang mempunyai sumber omega 3 yang tinggi. Cth : salmon, tenggiri, troat, tuna fresh. Kekacang dan sayuran pun ada asid lemak omega 3.

TINGKATKAN PENGAMBILAN FIBER

Pengambilan serat membantu mengawal estrogen lama. Fiber menghalang penyerapan semula estrogen ke dalam sistem peredaran darah yang membawa kepada estrogen dominasi dan hormon tidak seimbang.

Amalkan ambil sayuran, buahan dan juga kekacang yang kaya dengan serat.

PENGAMBILAN VITAMIN UNTUK MENGOPTIMUMKAN KESUBURAN

VITAMIN B6 - Membantu dalam kesimbagan hormon dan juga kesuburan.

-Boleh didapati dalam pisang, telur, oat, soya, biji bunga matahari dan salmon


 VITAMIN C - Mencentuskan ovolusi dan pengeluaran telur yang banyak. Diambil bersama  Vitamin E .

- Boleh didapati dalam buahan dan sayuran.

ASID FOLIK - Penting untuk pembentukkan awal baby. Ia untuk mencegah terjadinya kecacatan saraf tunjang bayi seperti sefina befida. Ia juga meningkatkan kesuburan wanita.

VITAMIN A - Penting untuk pertumbuhan embrio iaitu fasa pembentukkan jantung, mata, paru-paru, buah pinggang, sistem saraf pernafasan dan juga pusat.

Ia membantu dengan untuk memberi jaminan bahawa cecair servik anda subur. Meningkatkan jumlah cecair servik.

- Boleh di dapati dari buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna

ZINC - Penting untuk kesuburan lelaki. Ia memanjangkan jangka hajat sperma dan juga menjadikan sperma pantas.

- Boleh di dapati dalam badam, ikan, oat, yogurt, bijirin dan telur

SELENIUM - Membantu meningkatkan kuantiti sperma dan kualiti sperma.

Ini antara tips yang boleh korang follow untuk meningkatkan kesuburan suami isteri.

Sesungguhnya pemakanan dan gaya hidup sangat berkait rapat dengan kesuburan seseorang. Jadi ubahlah supaya badan lebih sihat.

Berusaha dan ikthiar itu perlu tetapi doa dan tawakal juga perlu seiring.

Moga perkongsian sue pada entri kali sangat membantu pada pasangan yang sedang berusaha mendapat cahaya mata.

Perlukan vitamin boleh view sini : 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Makanan Yang Boleh Membantu Pesakit Tibi Lebih Sihat

Jenis-jenis Penyakit Tibi

Cara Untuk Kecutkan Bengkak Tonsil