Ketahui Masalah Kesuburan Wanita

PUNCA MASALAH KESUBURAN WANITA

Masalah kesuburan ini sering menghantui pasangan suami isteri yang sudah lama inginkan cahaya mata. Kekadang si isteri naik tension bila ramai bertanyakan bila nak dapat anak.

Masalah kesuburan ini terjadi apabila reproduksi telur wanita ini ada gangguan atau boleh dikatakan telur yang dihasilkan itu tidak matang. 

Sama juga dengan lelaki sperma yang dihasilkan itu tidak matang dan cepat mati serta tidak bergerak pantas.

Masalah kesuburan ini perlu diambil serius oleh pasangan setelah setahun tiada apa berita mengenai cahaya mata. Sila dapatkan rawatan untuk mengetahui puncanya.

PUNCA MASALAH KESUBURAN WANITA

Masalah Berat Badan Yang berlebihan atau Tidak Seimbang



Berat badan yang bermasalah boleh mengganggu kesuburan ini kerana badan memerlukan 17% lemak di a8wal kitaran haid dan 20% lemak sepanjang kitaran haid. 

Jika berat badan tidak seimbang ini jelas ia boleh menjejaskan kesuburan kita.

Tiub Folopio Tersumbat Atau Sempit



Ini perlu ambil tahu kerana ia boleh jadi hamil luar rahim bila berlaku persenyawaan. Pengalaman sue sendiri tiub folopio sempit menyebabkan berlaku penempelan diluar rahim.

Tiub folopio boleh tersumbat pertama bila ada jangkitan kuman, virus, bakteria atau kulat.

Jangkitan ini sering terjadi pada orang yang berbadan besar, ada diabetis, orang yang mempunyai imun yang rendah atau pesakit autoimun.

RAHIM TERBALIK



Kedudukan rahim yang betul dalam keadaan yang bersujud atau condong ke depan. Bila mana keadaan rahim terbalik ini ia condong ke belakang.

Keadaan ini boleh menyebabkan pasangan susah mendapat zuriat.

BENDALIR DALAM RAHIM LEBIH PEKAT

Bendalir yang pekat menyebabkan sperma susah untuk berenang kepada telur wanita. Ia juga menjadi punca sperma mati kerana cecair dalam rahim menjadi lebih berasid.

RAHIM TIDAK KUAT

Rahim yang tidak kuat selalu dikatakan rahim pendek dan lembut. Ia sensitif dan tidak kuat untuk memegang janin sebab itu tidak berlaku penempelan @ berlakunya  keguguran.

POLYCYSTIC OVARI SYNDROM (PCOS)

PCOS ialah cyst yang berganda terjadi dalam ovari. Keadaan ini sering dikaitkan dengan hormon lelaki yang begitu kuat dan tinggi sehingga menyebab gangguan pada hormon wanita.

SENGGUGUT YANG TERUK

Senggugut  yang teruk ini disebabkan hormon prostaglandin yang berfungsi mengecutkan rahim utk mengeluarkan darah haid.

Hormon prostaglandin yang berlebihan menyebabkan terjadinya sengugut. Biasanya senggugut yang teruk boleh jadi alarm adanya penyakit lain seperti endometrosis penyebab kepada ketidaksuburan wanita.

TELUR TIDAK MATANG ATAU SUBUR



Macam-macam benda boleh jadi punca telur wanita ini tidak matang atau subur. Salah satunya gangguan hormon estrogen dan progesteron.

Gangguan hormon ini boleh menyebabkan telur wanita tidak membesar dan terencat sekaligus memberi kesan ketidaksuburan pada wanita.

FAKTOR USIA

Bagi wanita yang berumur tahap kesuburan akan menyusut pada usia 35 tahun dan menurun secara drastik pada usia 37 tahun. 

Ini berlaku kerana ia sedang memasuki fasa menopouse. Sel telur akan berkurangan setiap kali wanita mengalami menstrual.

TEKANAN 



Bila terlalu tertekan ia boleh menyebabkan gangguan hormon pada wanita. Ia bukan sahaja boleh terjadi pada lelaki.

Tahap stress yang melampau pada seorang wanita boleh menyebabkan hormon tidak dikeluarkan dengan baik dan seterusnya gagal mengeluarkan telur dari ovari.

Keadaan ini dinamakan stress induced anovolution.

ENDOMETROSIS

Ianya berlaku apabila sel sel darah yang biasa tumbuh di dalam rahim berkembang ke luar rahim. Ia boleh mengganggu proses persenyawaan berlaku akibat daripada terjejasnya tiup folopio.

So sebagai nasihat sue di sini pasangan yang telah setahun mendirikan rumahtangga pergi dapatkan rawatan doktor untuk ketahui punca ketidaksuburan.

Bila tahu punca kita boleh Ikhtiar dengan pelbagai cara untuk atasi masalah ini.

Boleh view set kesuburan shaklee jika berminat : Set kesuburan wanita

Itu sedikit sebanyak perkongsian sue tentang punca ketidaksuburan wanita.
Moga perkongsian ini memberi manfaat pada golongan wanita.

Pengedar Shaklee Padang Serai
Suzana Idris
012-4249148

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Makanan Yang Boleh Membantu Pesakit Tibi Lebih Sihat

Jenis-jenis Penyakit Tibi

Cara Untuk Kecutkan Bengkak Tonsil