Apa Itu Penyakit Gout Dan Rawatannya.


PENYAKIT GOUT DAN RAWATANNYA


GOUT adalah sejenis artritis yang menyebabkan keradangan sendi secara tiba-tiba. Ia biasanya terjadi dalam sendi tunggal. Gout yang kronik boleh menjejaskan banyak sendi pada satu masa dan ia dikenali sebagai gout polyarticular.

GOUT ini disebabkan oleh peningkatan asid urik dalam badan atau ada masalah dalam menyingkirkan asid urik dalam badan atau boleh jadi kedua-duanya sekali.

Asid Urik yang tinggi berpunca dari tekanan darah tinggi, obesiti, usia & kencing manis. Keradangan gout ini boleh menyebabkan rasa panas, bengkak, kemerahan dan sakit teramat.

TANDA-TANDA GOUT

  1. Sakit yang terlampau, kemerahan, bengkak, panas dan kaku pada sendi.
  2. Demam gred rendah @ demam yang tak tinggi.
  3. Kerdangan pada tisu di sekeliling mengakibat kan kulit menjadi bengkak dan sakit walaupun ia disentuh dengan lembut
  4. 75% serang pertama di bahagian ibu kaki. Walau bagaimana pun penyakit ini menyerang sendi-sendi lain seperti siku, jari, lutut, pergelangan tangan, tulang belakang, tumit, dan mata kaki.

PERINGKAT GOUT

GOUT mempunyai 4 peringkat iaitu:

Asimptomatik - ini peringkat pertama menunjukkan aras asid urik bertambah tetapi tidak menunjukkan sebarang gejala sakit.

Akut - Boleh dikata peringkat awal kerana serangan gout ini tidak serius. Kena serang cepat baik dan ada yang seminggu baru baik.

Interkritikal - Ini peringkat yang ketiga di mana serangan terjadi jarang sekali. Ia mungkin jarak sebulan dua atau 6 bulan sekali. Paling lama 2 tahun sekali.

Kronik - Peringkat kronik ini bermakna serang kerap terjadi. Ia melibatkan banyak sendi malah lebih teruk kerana berlaku kerosakkan ginjal dan karang ginjal pun boleh jadi.

Tak boleh bayangkan macam mana mak ayah kita yang tua kena serangan gout. Pasti meraung sakit dan juga tidak boleh berjalan..sedihnya..😭

Sue nak kongsikan juga ikthiar alternatif untuk gout selain kawal makan serta ambil ubatan hospital.

SUPPLEMEN UNTUK GOUT

Supplemen ini bertujuan bukan merawat tetapi mencegah dari gout dari terus meradang yg menyebabkan kita tidak selesa atau kesakitan.

ALFALFA COMPLEX : Menyingkirkan toksin secara lembut dari badan kita. Pengambilan alfalf ini memerlukan pengambilan air kosong yang bagi melancarkan proses penyingkiran toksin.

OMEGA GUARD : Mempunyai asid lemak omega 3 (dha & epa) yang dipercayai mempunyai fungsi anti radang. Ia boleh keradangan penyakit gout.

PERFOMANCE DRINK : Memastikan tidak terjadi dehidrasi dan tubuh sentiasa cukup kandungan air dan gula.

 


Pesakit gout di nasihatkan menjaga pemakanan serta memgambil air kosong yang cukup.

Entri selepas ini sue akan kongsikan tips rawatan gout dan juga punca terjadinya gout ini. Stay tuned.

Berminat nak cuba set gout shaklee boleh hubungi sue di sini :

SUZANA IDRIS
ID : 1115671
Ig@ciksue_healthybeauty
Whatsapp/sms/call : 012-4249148
@ klik saja link ini
www.wasap.my/60124249148
KESIHATAN SANGAT MAHAL HARGANYA

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Makanan Yang Boleh Membantu Pesakit Tibi Lebih Sihat

Jenis-jenis Penyakit Tibi

Cara Untuk Kecutkan Bengkak Tonsil