Ketahui Punca Masalah Kesuburan Lelaki

KESUBURAN LELAKI & APA LELAKI PERLU TAHU

Ramai lelaki diluar sana tidak tahu sama ada mereka subur atau tidak? Ya, lelaki pun ada waktu subur juga tau. Jangan ingat wanita sahaja.

Jangan ingat lelaki yang keluarkan air mani tuh mengandungi sperma boleh jadi anak okey. Ada jer keluar air mani tapi kandungan sperma zero.

Jom tengok apa yang laki perlu tahu perihal kesuburan mereka.

DEFINISI KESUBURAN

Kesuburan lelaki ini adalah lelaki yang mampu menghasilkan berjuta-juta sperma yang sihat dan matang. Ia mampu berenang lancar dan lajunya untuk proses persenyawaan. Itulah dinamakan kesuburan lelaki!


BAGAIMANA SPERMA LELAKI ITU SUBUR DAN SEMPURNA?


Air mani (sperma + cecair nutrien) yang berkualiti dan subur apabila mengandungi sperma 20 juta dalam setiap 1ml air mani.

BILA WAKTU SUBUR LELAKI

Yang ini penting untuk lelaki ambil tah7u dan merancang untuk mendapatkan anak bersama isteri tercinta.

Ofkosla waktu subur lelaki tidak mempunyai kitaran macam wanita. Biasanya ia berlaku di waktu pagi terutama musim sejuk.

Kalau korang nak tahu perubahan suhu dan cuaca sangat mempengaruhi kesuburan lelaki. 

Jika cuaca sejuk jumlah sperma lelaki adalah lebih banyak dan baik berbanding musim panas atau waktu panas.

Sebab itu waktu terbaik bersama isteri adalah waktu malam atau di pagi hari dalam jam 4-7 pagi. 

Tahukah korang yang suhu panas boleh memendekkan kualiti dan jangka hayat sperma. Oleh itu lelaki memang tak disaran bermandi wap atau berendam dalam kolam air panas.

TANDA KETIDAKSUBURAN LELAKI
  1. Zakar tersumbat @ lambat tegang
  2. Air mani mudah terpancut
  3. Kurang stamina atau cepat letih
  4. Sperma cepat mati
  5. Kurang nafsu terhadap isteri
  6. Sperma yang sedikit


PUNCA LELAKI TIDAK SUBUR

Gaya hidup yang tidak sihat adalah punca utama penyusutan kualiti sperma.

MEROKOK


Kandungan bahan kimia, racun dalam rokok boleh menyebabkan sperma cacat sekaligus boleh mati pucuk.

ARAK ATAU DADAH



Ini memberi kesan terhadap pengeluaran hormon testosteron. Ini boleh jadi punca kemandulan lelaki.

BERAT BADAN BERLEBIHAN



Bukan wanita saja akan mengalami masalah kesuburan jika berat badan berlebihan lelaki pun sama. Ia akan mempengaruhi pengeluaran hormon seksual lelaki iaitu testosteron.

DIABETIS @ KENCING MANIS



Orang yang ada sakit kencing manis ini sering letih dan tidak bermaya. Ini sekaligus memberi kesan kepada tenaga batin lelaki.

MEMAKAI SELUAR KETAT

Amalan memakai seluar ketat dalam jangka masa yang panjang memberi kesan kepada penghasilan sperma. Ini kerana ia boleh meningkatkan suhu pada buah zakar lelaki.

KELAINAN GENETIK

Kelainan genetik ini disebut sebagai gangguan genetik di mana terdapat kelainan pada kromosom sexs iaitu cytics fibrosis, terjadi pada sindrom klinefelter.

KERAP STRESS ATAU MENGHADAPI TEKANAN



Keadaan yang tekanan boleh menyebabkan gangguan terhadap penghasilan hormon lelaki iaitu testosteron.

KUAT MELANCAP

Amalan memuaskan zakar dengan tangan (onani) boleh merosakkan tisu lembut pada zakat dan boleh menyebabkan zakar tidak berfungsi lama kelamaan (mati pucuk)

Jika anda seorang lelaki yang ada diabetis, kuat melancap, badan gemuk, merokok, minum alkohol, stress saja. Anda boleh ubah gaya hidup anda kerana anda sedang menuju ke arah mati pucuk!

Sedikit pèrkongsian ilmu dari bacaan sue dan juga google ini. Moga bermanfaat untuk anda yang sedang mencari penyelesaian untuk masalah kesuburan.

Boleh view sini jika berminat nak atasi masalah kesuburan korang : Set kesuburan lelaki

Pengedar Shaklee Padang Serai
Suzana Idris
012-4249148

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Makanan Yang Boleh Membantu Pesakit Tibi Lebih Sihat

Jenis-jenis Penyakit Tibi

Cara Untuk Kecutkan Bengkak Tonsil