5 Petua Semulajadi Hilangkan Keputihan Ketika Hamil
Bahayanya keputihan sewaktu hamil ini boleh menyebabkan kelahiran pra matang, gangguan kesihatan bayi seperti pernafasan, pencernaan dan juga boleh membawa pada kematian.
Allahu... pada ibu-ibu jika ada keputihan semasa hamil di minta segera dapatkan rawatan dari doktor.
Sedikit pengenalan mengenai keputihan. Apa itu keputihan? Keputihan ini adalah lelehan cecair yang keluar dari vagina wanita.
Lelehan ini normal jika tiada jangkitan kuman tetapi tidak normal jika ia menyebabkan keradangan di bahagian vagina seperti kegatalan yang kuat.
Boleh tengok entri sue ini untuk info lanjut berkenaan Apa itu Keputihan
PETUA SEMULAJADI HILANGKAN KEPUTIHAN KETIKA HAMIL
1. MINUM AIR KOSONG DENGAN BANYAK
Air kosong ini membolehkan segala toksin dalam badan dikeluarkan melalui air kencing. Ia juga baik untuk kulit ibu, buah pinggang dan juga baik untuk bayi.
2. BASUH FARAJ DENGAN AIR SIRIH
Petua orang dulu memang menggunakan sirih sebagai ubat untuk vagina mereka. Sekarang pun masih guna pakai. Boleh tengok setiap pencuci vagina menggunakan ekstrak sirih.
Caranya ambil 7 helai daun sirih dan rebuskan. Biarkan mendidih sekejap kemudian biarkan suam2. Guna air rebusan ini cuci vagina.
3. PASTIKAN FARAJ SENTIASA KERING DAN BERSIH
Sentiasa lapkan dengan kering vagina untuk memastikan kulit tidak menyerang vagina korang. Tukar seluar dalam dengan kerap. Pastikan kain seluar dalam kain kapas dan menyerap peluh.
4. KURANGKAN MAKANAN MANIS
Makanan manis ini tidak banyak manfaat selain sedap semata. Sebenarnya waktu hamil tidak elok makan makanan manis ia boleh menyebabkan berat naik mendadak.
Makanan manis juga adalah makanan kulat terutama gula putih. Jadi sebaiknya cegah atau kurangkan pengambilan gula kalau makin teruk keputihannya.
5. YOGURT ASLI
Yogurt asli boleh dikatakan baik untuk kesihatan. Ia juga mengandungi bakteria baik yang dikatakan boleh membasmi keputihan. Apa pun pastikan yogurt yang tiada gula.
BACA :
9 NUTRISI PENTING UNTUK IBU HAMIL
7 Makan Untuk Ibu Yang Anemia Atau HB LOW
VITAMIN UNTUK HILANGKAN KEPUTIHAN KETIKA HAMIL
GARLIC COMPLEX - Bertindak sebagai antibiotik semulajadi dengan bertindak memusnahkan bakteria atau virus yang menyebabkan keputihan
VITAMIN C - Meningkatkan antibodi ibu hamil, menghalang jangkitan kulat dan mengurangkan keradangan, kegatalan serta alahan kulit.
Ia selamat di ambil oleh ibu hamil dan selamat untuk bayi yang dikandung.
Jika ibu berminat nak mencuba set keputihan shaklee untuk ibu hamil ini boleh hubungi ciksue di sini :
SUZANA IDRIS
PENGEDAR SHAKLEE PADANG SERAI DAN SUNGAI PETANI
ID: 1115671
CONTACT : 012.4249148
FB: Ciksue
IG: ciksue_healthybeauty
Atau klik ja sini
Ulasan
Catat Ulasan