Apa Itu Keputihan
APA ITU KEPUTIHAN?
Keputihan sewaktu hamil boleh membahayakan bayi. Ia boleh memberi kesan buruk terutama berkait kesihatan bayi. Jadi ibu-ibu kalau ada keputihan segera dapatkan rawatan.
Entri kali ini sue kongsikan sedikit info berkenaan keputihan. Ini kerana ramai betul anak dara dan ibu-ibu diluar sana mengalami masalah ini.
Disebabkan itu, berlaku ketidak selesaan ibu menjalani rutin harian. Keputihan ada 2 jenis iaitu normal (fisiologis) dan tidak normal (patologis)
KEPUTIHAN FISIOLOGIS
Keputihan yang normal adalah biasa tanpa jangkitan kuman yang menyebabkan keputihan menjadi teruk.
Keputihan normal biasanya terjadi bila wanita nak datang bulan, keletihan dan juga nak subur. Ia tidak mempengaruhi bayi.
CIRI-CIRI KEPUTIHAN FISIOLOGIS
- Lelehan tidak berwarna kuning atau hijau
- Tidak berbau
- Tidak menyebabkan kegatalan
- Lelahan tidak banyak keluar
KEPUTIHAN PATOLOGIS
Keputihan yang tidak normal ini bila ada jangkitan kuman yang bahaya. Kesannya pada ibu akan mengalami kegatalan di bahagian miss v, menyebabkan kelahiran pra matang.
Kesannya pada bayi apabila dilahirkan dalam keadaan ibu ada keputihan yang banyak. Bayi ada masalah kesihatan seperti masalah pernafasan, gangguan pencernaan dan juga penglihatan.
CIRI - CIRI KEPUTIHAN PATOLOGIS
- Lelehan warna putih susu, hijau atau kuning
- Lelehan yang berbau
- Lelehan yang menyebabkan miss v gatal
- Lelehan yang kental
- Lelehan yang banyak sangat.
Jika ibu masih belum atau dalam usia mencegah keputihan ketika hamil boleh baca ini Tips Cegah Keputihan Ketika Hamil
FAKTOR PENYEBAB KEPUTIHAN
Keputihan yang tidak normal ini biasanya disebabkan oleh jangkitan-jangkitan yang abnormal pada faraj wanita. Faktor-faktor ini boleh jadi penyebabnya.
1. KEBERSIHAN. Kebersihan di kawan faraj sangat penting. Jika kebersihan ini tidak dijaga rapi makan banyak penyakit timbul antaranya adalah keputihan.
2. STRESS. Stress ini boleh menyebabkan gangguan pada reseptor otak. Sebagaimana kita tahu yang organ kita banyak dikawal dibahagian otak. Jika kita stress maka ia boleh mengganggu keseimbangan hormon dalam badan.
3. PENGAMBILAN UBATAN. Boleh jadi salah satu punca keputihan adalah pengambilan ubatan dalam jangka waktu yang lama.
4. VIRUS. Bakteria baik dan jahat memang sedia ada dalam faraj kita untuk kesimbangan ph. Namum ia meradang apabila sistem imun kita kuat atau sesuatu yang membuatkan ia aktif.
Jadi kebersihan dan penjagaan rapi miss v sangat penting biarkan semasa hamil atau sewaktu anak dara.
Moga perkongsian sue memberi manfaat pada yang sedang mencari info tentang keputihan.
"KESIHATAN ITU NIKMAT YANG PALING BERHARGA UNTUK KITA HARGAI"
Ulasan
Catat Ulasan