7 PUNCA JERAWAT MEMBIAK DI WAJAH DAN BADAN

Assalamualaikum dan selamat malam semua.....

Malam ini sue nak share dengan hampa semua tentang 7 punca jerawat naik di wajah dan badan tuh..Mesti tertekan bila jerawat naik kat mmuka comel hampa kan.... sue pun cukup tension bila kulit wajah ni naik jerawat. Tambah-tambah di hari pertunangan dan perkahwinan hampa. Jom kito mencegah jerawat daripada di biarkan bersarang di kulit wajah. Sebelum kita share tips mencegah jerawat, jom tengok dahulu punca kenapa jerawat naik di wajah.

7 PUNCA JERAWAT NAIK :

HORMON 

Pada usia remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Sebab itu ramai di kalangan perempuan pada usia remaja dan awal dewasa kerap mengalami masalah jerawat.Lama-kelamaan liang sebaceous akan menghasilkan sebum yang semakin berkurangan berbanding pada usia remaja.

BAKTERIA

Bakteria yang dikenali dengan nama Propionibacterium acnes pula adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang berjerawat mempunyai Propionibacterium acnes yang lebih banyak berbanding dengan kulit orang yang tidak berjerawat.

PEMAKANAN

Punca jerawat yang disebabkan oleh diet atau pemakanan tidak dapat dibuktikan dengan jelas serta secara terperinci, tetapi diet mempunyai kesan langsung terhadap tahap insulin dalam badan kita. Untuk pengetahuan anda, insulin adalah hormon terpenting manusia dan boleh mempengaruhi hormon-hormon lain di dalam tubuh termasuk hormon androgen yang turut menjadi penyebab pertumbuhan jerawat pada kulit muka, belakang dan leher pesakit.

STRESS

Stress boleh memburukkan lagi simptom jerawat anda tetapi ia boleh dicegah dengan rawatan jerawat yang betul. Tahap stress yang tinggi memang mampu memberi kesan ke atas jerawat dan boleh menyebabkan radang jerawat yang teruk. Selain itu, apabila kita dalam keadaan stress, adrenalin serta hormon androgen yang ada di dalam badan akan dikeluarkan dengan berlebihan dan menjadi punca berlakunya pertumbuhan jerawat.

ALAT SOLEK 

Alat solek sebenarnya bukanlah punca jerawat yang terbesar pada kulit muka, tetapi jika anda tidak membersihkan kulit anda dengan baik dan bersih selepas memakai alat solek, ia boleh memburukkan lagi keadaan jerawat pada kulit muka anda.

MATAHARI

Cahaya matahari juga bukanlah penyebab utama masalah jerawat tetapi haba yang dihasilkan oleh matahari boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak sekaligus menyumbatkan liang roma.

PAKAIAN

Tidak ramai yang mengalami masalah ditumbuhi jerawat di belakang badan tetapi ia berlaku disebabkan oleh jenis pakaian yang dipakai terutama dalam iklim tropika seperti di Malaysia. Belakang badan mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum. Jangan malas mandi kerana kulit yang bersih boleh membebaskan kita dari belengu jerawat. 


SET KULIT BEBAS JERAWAT


NAK TAHU LEBIH LANJUT KENA DAPATKAN DARI SUE
KENA CUBA DAN RASAI SENDIRI PASTI JATUH CINTA

SUZANA BINTI IDRIS
FB : CIK SUE
SMS/WHATSAPP: 012-4249148
FB PAGE : SUEVITA.COM







Ulasan

  1. Punca Tumbuh, Naik Jerawat.
    http://lemangpanas90.blogspot.my/2015/08/punca-tumbuh-naik-jerawat.html

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Makanan Yang Boleh Membantu Pesakit Tibi Lebih Sihat

Jenis-jenis Penyakit Tibi

Cara Untuk Kecutkan Bengkak Tonsil