KENTUT DARI VAGINA & TIPS MENGATASINYA
KENTUT YANG KELUAR DARI FARAJ ASSALAMUALAIKUM..... Selamat petang para pembaca...terima kasih sudi membaca dan melawat blog sue ini. semalam sue banyak kongsi pasal masalah keputihan, petang ini sue nak kongsi satu masalah yang selalu juga sue hadapi lepas kahwin ini iaitu KENTUT DARI VAGINA. Malu tau bila bersama suami tetapi kita kentut keluar dari vagina kita.Wanita yang berkahwin mesti tahu apa itu kentut dari vagina dan bahayakah ia.. Jom kita lihat apa itu kentut vagina.. APAKAH ITU KENTUT VAGINA?? Ia adalah keadaan di mana terasa seperti angin yang keluar daripada faraj terutama ketika sedang banyak bergerak, bangun dan duduk seperti ketika solat . Pada ketika ini, ramai wanita was-was sama ada angin itu keluar melalui dubur atau melalui faraj. Daripada segi fisiologinya, vagina adalah tiub yang berotot dan berdinding membran sepanjang 7-9cm yang menghubungkan pangkal rahim ke bukaan faraj . Bukaan ini dikawal oleh beberapa otot kemut sa...