Catatan

Makanan Yang Wajib Dicuba Bila Ke Rantau Panjang Kelantan

Imej
Cakap pasal makanan sue dah meleleh teringat kat makanan kesukaan sue di kampung, rantau panjang kelantan. Bila anda ke sana mesti cuba makanan orang sana. Ada pelbagai kuih-muih dan makanan yang payah nak dapat di tempat lain terutama di utara. Entri kali ini sue nak kongsikan makanan yang wajib anda cuba bila ke sana. Jom tengok apa makanannya. MAKANAN YANG WAJIB DICUBA BILA ANDA DATANG KE RANTAU PANJANG, KELANTAN. 1) MEE CELUP Mee nih kalau kat padang serai susah bebenor nak carinya. Sue mengidam nak makan masa hamil cari sampai perda tau. Mee celup nih tak sama dengan mee sup. Dia lain sikit rasanya dengan ada rempah, lada jeruknya. Sedap sangat aih.Alahai terliur pulok makyong dok menaip blog nih. Kedai mee celup nih banyak tapi yang biasa sue makan di jalan sekolah cina, kubang rambutan dan kampung dangar. 2) NASI KUNING (KHOUMOK) Yang nih pernah masuk jalan-jalan cari makan. Nasi kuning sedap lembut dan ayam beremlah dia yummy. Kedai dia d...

Resepi Nasi Goreng Putih

Imej
Assalamualaikum dan selamat petang. Happy weekend semua, pergi mana petang ini? Ciksue mereput ja di rumah ini dengan mekdira. Abahnya kerja jadi weekday bila abahnya cuti ja baru boleh berjalan-jalan. Minggu closing minggu nih. Ciksue sibuk dok follow up custmer dan juga prospek. Moga ada rezeki ciksue nak capai target bulan ini. Doakan ciksue yer kawan-kawan. So petang ini ciksue nak kongsikan resepi yang simple tapi anak mesti makan bertambah. Yelah kekadang benda simple pun sedap tau. RESEPI NASI GORENG PUTIH BY CIKSUE Bahan-bahan : 1 periuk nasi putih (sue masak 2 cawan kecil ja tadi) 4 ulas bawang putih. 3 ulas bawang merah sederhana kecil Udang dalam 15 ekor (udang sederhana besar) Telur sebiji. Nak letak dua pun boleh. Kicap ikan Serbuk perasa (optional) Minyak masak@bijan Sawi 2@3 pohon kecil Cara-cara : 1. Mayang bawang putih dan merah. 2. Panas minyak dan tumis bawang yang dimayang tadi. 3. Kemudian masukkan udang, biarkan 5-10 minit. Biarkan udang ...

7 Tips Mudah Mulakan Bisnes Online

Imej
7 Tips Mudah Mulakan Bisnes Online Sekarang ramai yang celek it. Budak-budak pun dah pandai layari internet, ada facebook dan ig. Mahukah jadikan flatform internet ini lubok mencari rezeki? Amatlah rugi bagi mereka yang ada flatform ini Tetapi tidak menggunakannya ke arah yang lebih berguna. Jadikan ia sebagai sumber pendapatan korang. Jika ada antara anda yang ingin mulakan bisnes online, di sini sue nak kongsikan beberapa tips untuk anda. Jom baca. Tips Mudah Untuk Mulakan Bisnes Online. 1) PRODUK Pada permulaan tidak perlu anda buat produk sendiri yang perlukan modal banyak. Cukupla anda mencari produk yang telah para pelanggan kenal dan jenama yang sudah kukuh. Ini kerana pelanggan lebih cenderung membeli bila jenama sudah terkenal dan kukuh di pasaran. 2) MODAL YANG RENDAH Untuk mulakan bisnes, carila produk yang anda tidak banyak keluarkan modal. Modal yang mampu dengan pendapatan anda. Dinasihatkan jangan membuat pinjaman peribadi, ah long, persendirian d...

Set Tingkatkan Imun Kanak-Kanak

Imej
Set Tingkatkan Imun Kanak-Kanak Kanak-kanak perlukan cukup zat untuk kuatkan imun badan mereka jika tidak mereka mudah sangat jatuh sakit dan terdedah pada jangkitan yang bahayakan nyawa mereka. PUNCA SISTEM IMUN MEREKA RENDAH Pemakanan yang tidak seimbang. Kurangnya pengambilan sayuran dan buahan. Persekitaran yang tidak bersih Sentiasa terdedah dengan punca jangkitan terutama pada mereka yang berada di taska. Kekurangan vitamin c dalam badan. Kurangnya tidur waktu siang dan lewat tidur di waktu malam. (kajian mengatakan bahawa kanak-kanak yang kurang tidur mudah terdedah pada jangkitan) Baca ini juga :  Cara Tingkatkan Imun Badan Kanak-kanak Pentingnya nutrisi ini kerana ia dapat membantu kanak-kanak lebih kuat, cergas, kekal fokus dan juga imun badan pun kuat. Keperluan nutrisi ini sangat membantu tumbesaran mereka. Entri kali ini saya kongsikam supplemen yang bagus untuk kanak-kanak ambil supaya mereka kekal sihat, cergas dan membesar bagai jua...

Tips Kuatkan Imun Badan Kanak- Kanak

Imej
Tips Kuatkan Imun Badan Kanak- Kanak Sistem imun badan kanak-kanak ini berbeza tau dengan dewasa. Kanak-kanak masih perlukan zat dan nutrisi yang lebih banyak lagi untuk sistem imunisasi mereka. Sistem imun mereka tidak sekuat kita. Mereka mudah terdedah dengan jangkitan. Untuk bayi, mereka menerima antibodi melalui ibu. Setelah lahir mereka perlukan antibodi dari susu ibu. Colostrum mengandungi banyak antibodi untuk melindungi bayi lepas lepas lahir dan sehinggalah umur dia 2 tahun. Pada setahun suntikkan imunisasi diberi untuk mematangkan antibodi mereka. Petanda antibodi kanak-kanak lemah adalah mereka kerap jatuh sakit . PUNCA SISTEM IMUN KANAK-KANAK LEMAH Pemakanan yang tidak seimbang. Kurangnya makan sayuran dan buahan. Persekitaran yang kurang bersih. Sentiasa terdedah dengan punca penyakit. Ini sering terjadi pada kanak-kanak yang berada di taska. Kurangnya vitamin c didalam badan. Kurangnya waktu tidur. Kajian mengatakan bahawa kanak-kanak yang kurang ...

6 Tips Cerahkan Kulit Dengan Menggunakan Bahan Semulajadi

Imej
6 Tips Cerahkan Kulit Dengan Menggunakan Bahan Semulajadi Mempunyai kulit yang cerah idaman semua orang termasukla ciksue nih. Pasti anda dah berhabis banyak duit umtuk cerahkan kulitkan? Entri kali nih sue nak kongsikan beberapa tips yang boleh anda guna untuk cerahkan kulit yang pasti ianya bebas bahan kimia. TIPS CERAHKAN KULIT DENGAN BAHAN SEMULAJADI. 1) MADU Khasiat madu ini tak dapat disangkal lagi mahu pun untuk kulit dan juga kesihatan. Madu sesuai sangat untuk kulit anda yang kering dan juga suka sunburn. Madu mempunyai agen antibakteria yang mampu mengatasi masalah jerawat dan juga jeragat. Kebolehan madu ini menyimpan lembapan ke dalam sel-sel kulit. Buat masker setiap pagi or malam. Biarkan 15-20 minit dan bilas. Anda boleh rasai kelainan pada kulit wajah anda. 2) YOGURT ASLI Yogurt asli ini adalah masker terbaik untuk merawat kulit terbakar, pigmentasi dan juga penuaan. Yogurt asli ini mengandungi asid laktik yang tinggi dan asid hydoxy a...

Bagaimana Resveratrol Membantu Pesakit Kencing Manis dan Darah Tinggi

Imej
Bagaimana Resveratrol Membantu Pesakit Kencing Manis dan Darah Tinggi Kencing manis dan darah tinggi adalah penyakit yang sering kita dengar. Pergi mana pun memang sering kita dengar orang bercerita tentang penyakit ini. Tua mahupun muda pasti ada yang menghidapnya. Hari ini ciksue nak kongsikan sedikit mengenai manfaat resveratrol untuk kesihatan kita. APA ITU RESVERATROL? Resveratrol merupakan sejenis sebatian polifenol yang msngandungi antioksidan yang sangat tinggu. Resveratrol ini bahan yang dikeluarkan oleh tumbuhan untuk melindungi diri dari jangkitan kuman, kulit, tekanan, sinar uv dan serangan serangga serta banyak lagi. Polifenol juga kaya dengan antioksidan yang melindungi sel daripada rosak secara efektif. Antara tumbuhan yang mengandungi resveratrol yamg tinggi adalah angguruscadine, raspberi,. Pelbagai kajian dibuat danbuktikan bahawa resveratrol ini terbukti dapat melindungi sel, menyihatkan sel, awet muda dan banyak lagi. DIABETIS Diabetis penyak...