Punca, Gejala Dan Cara Atasi Ekzema

Punca, Gejala Dan Cara Atasi Ekzema

Bila sebut ekzema secara automatiknya kita akan fikirkan keadaan kulit seseorang itukan.  Iya,  ia adalah sejenis penyakit kulit dan juga alahan yang sangat susah nak jaga.

Jom kenali apa itu EKZEMA.


APA ITU EKZEMA? 

Ekzema ini biasanya terjadi pada kanak-kanak atau bayi tetapi ada juga yang dewasa pun jadi.  Ini kes rare..jarang terjadi.  Ia dikenali sebagai Atopik Dermatitis.

Atopik - ini adalah masalah genetik yang menyebabkan daya tahan mekanisme pesakit menjadi abnormal, sekaligus mencetus simptom "oversensitivity"

Keadaan ekzema ini akan semakin baik bila kanak-kanak ini meningkat umur 6 tahun tetapi ada juga ia kekal sehingga dewasa.

Ekzema ini bukan penyakit berjangkit tetapi komplikasi penyakit menimbulkan rasa kurang selesa.

GEJALA-GEJALA EKZEMA

Acute Ekzema

  • Erythema - kulit rasa panas, bergelojak, kegatalan dan keradangan
  • Populas - pembentukkan tompok-tompok merah

Ekzema Kronik
  • Kulit menjadi bersisik,  kering dan berair
  • Kulit menjadi tebal, kasar dan. Berkedut.

PUNCA EKZEMA

Hingga kini faktor atau punca terjadinya ekzema belum diketahui sepenuhnya. Tetapi ada beberapa faktor yang menjadi punca ekzema luaran dan dalaman kita. 

FAKTOR DALAMAN @ FIZIKAL
  1. Ahli keluarga yang mempunyai sejarah ekzema (genetik) , asma atau allergi rhinitis. 
  2. Perubahan emosi seperti stress atau resah
  3. Pemakanan yang boleh mencetus radang ekzema seperti alah makanan laut,  produk tenusu,  protien, gandum, pengawet dan pewarna makanan. 

FAKTOR LUARAN (PERSEKITARAN) 
  1. Alahan - Barang yang ada bahan kimia seperti sabun,  syampu,  pencuci, kosmetik.  Alah dengan debu,  haiwan, kulat dan debunga
  2. Bahan iritasi - asap rokok,  cuaca panas dan lembap, asap kereta dan sebagainya. 

BAGAIMANA KITARAN EKZEMA

Ekzema ini disifatkan sebagai kecacatan fungsi penghadang kulit yang menyebabkan ALLERGIK.  Alahan ini mudah meresap ke lapisan kulit dan mengakibatkan kulit hilang lembapan yang banyak. 

Jika itu berlaku,  kulit akan menjadi gatal dan hendak hendak menggaru.  Lebih teruk lagi jika kekeringan kulit itu semakin teruk.  Ia boleh menyebabkan kulit melecet atau terkoyak dan naik ruam-ruam merah.

Secara ringkas kitaran ekzema boleh rujuk gambar di bawah


LANGKAH UNTUK MENCEGAH KERADANGAN EKZEMA ATAU KITARAN EKZEMA MENJADI TERUK

Langkah-langkah untuk elakkan ekzema terjadi :
  • Sentiasa lembapkan kulit dengan pelembap
  • Elakkan mengunakan sabun, syampu ketika mandi
  • Sentiasa bersihkan bilik dan juga rumah
  • Elakkan mandi air yang panas
  • Gunakan jenis kain kapas atau nipis untuk pakaian dan segala benda
  • Sapu krim pelembap selepas mandi setiap hari
  • Awasi pemakanan yang kita alahan
Jika ekzema semakin teruk dapatkan rawatan doktor dengan segera. 

Sekian perkongsian saya mengenai ekzema.  Nanti sharing saya mengenai supplemen yang membantu mengawal atau atasi masalah ekzema anda. 

Health and beauty consultan
Suzana Idris
012.4249148

Fell free to share.. 😊


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Makanan Yang Boleh Membantu Pesakit Tibi Lebih Sihat

Jenis-jenis Penyakit Tibi

Cara Untuk Kecutkan Bengkak Tonsil