CARA MENGURANGKAN KETAGIHAN MEROKOK



Takutnya tengok statistik merokok nih!!

Mengikut KKM dianggarkan 100k rakyat Malaysia mati akibat penyakit yg berkaitan tabiat merokok. Bilangan ini tidak termasuk dengan orang mati akibat terdedah dengan asap rokok @ dipanggil environmental tobacco smok (ETS).

Statistik rakyat yang merokok adalah 23.7 billion daripada 18 billion pada tahun 1998. Pada tahun 2007, 3.1 juta meningkat kepada 4.7 juta pada tahun 2011. Takutnya tengok peningkatan yg berlaku dalam setahun ke setahun.

Merokok sangat membahayakan kesihatan tetapi kenapa masih ramai lagi yang tak mahu berhenti merokok. Banyak kesan-kesan negatif apabila anda merokok, antaranya:

1- Menjejaskan Kesihatan
Peluang untuk mendapat penyakit kronik adalah sangat tinggi seperti barah paru-paru.

2- Menjejaskan Ekonomi Keluarga
Rokok harga mahal sangat berbanding. Beli rokok boleh membeli seekor ayam.

3- Pencemaran Udara dan Alam sekitar
Asap rokok sgt bertoksik sehingga boleh menyebab penyakit. Ia boleh mencemarkan udara sekitar dan juga persekitaran.

4- Jejaskan Penampilan Diri Sendiri
Merokok boleh menyebabkan badan berbau, nafas berbau dan gigi kekuningan.

Tanda- Tanda Ketagihan Merokok

- Merokok lebih dari 5 Batang sehari
- Hisap rokok yg tinggi kandungan nikotin > 0.9mg
- Sering tarik nafas dalam
- Merokok sepanjang hari
- Ingin merokok walaupun sedang sakit.

Merokok meningkatkan risiko berpenyakit kronik dan juga memberi kesan sangat buruk bukan sahaja pada diri sendiri tetapi pada masyarakat dan juga keluarga. Kesannya adalah :


1) Ibu hamil boleh melahirkan anak pra matang, kurang berat badan dan mati.
2) Kanak-kanak terdedah pada asap rokok sering sakit, batuk-batuk dan berlaku jangkitan telinga, mulut. Perkembangan paru-paru lembab dan boleh dapat asma.
3) Masyarakat boleh mendapat penyakit kronik seperti kanser paru-paru, mulut, ulser perut dan lain-lain.

Bagaimana hendak berhenti merokok??

Pelajari kaedah-kaedah yang betul. Banyak kaedah untuk berhenti merokok. Faktor yang paling penting adalah keinginan anda untuk menjadikannya satu kenyataan.

  • Tetapkan tarikh untuk berhenti
  • Yakin diri
  • Buatkan nota peringatan
  • Katakan pada diri anda "saya bukan perokok"
  • Sentiasa berfikiran positif
  • Dapatkan sokongan
  • Gunakan terapi penganti nikotin
  • Amalkan 12M untuk berhenti merokok


Tip Berhenti Merokok 12 M :

  1. Melengah-lengahkan
    • Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar
  2. Menarik nafas panjang
    • Tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan
  3. Minum air
    • Terutama air masak. Elakkan minuman berkafein
  4. Menyibukkan diri
    • Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok
  5. Menjauhkan diri
    • Daripada orang yang merokok
  6. Mengelakkan diri
    • Daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok
  7. Mengunyah sesuatu
    • Seperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang manis
  8. Membasuh tangan selalu
  9. Mandi dengan kerap
  10. Meregangkan otot
    • Lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk
  11. Meditasi
  12. Memohon doa
    • Berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha

Sememangnya untuk berhenti merokok kena mempunyai azam dan semangat yg tak kuat ini kerana ketagihan nikotin memang susah nak control. Family dan org terdekat kena bagi semangat dan dorongan untuk kekalkan azam nak berhenti merokok.

Boleh juga ambil supplemen sebagai ikthiar untuk berhenti merokok. Salah satunya boleh cuba VIVIX SHAKLEE .ia mampu mengurangkan ketagihan merokok.

Perlukannya boleh contact saya di sini 

SUZANA IDRIS
NO ID: 1115671
Wassap : 012-4249148 @ www.wasap.my/60124249148
Fb : Ciksue
Ig : ciksue_healthybeauty


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Makanan Yang Boleh Membantu Pesakit Tibi Lebih Sihat

Jenis-jenis Penyakit Tibi

Cara Untuk Kecutkan Bengkak Tonsil